Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata wang RM19.4 bilion hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya disahkan tidak hilang, jika ia berjaya ditemui semula.
Ditanya pemberita mengenai rumusan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Dr Noraini Ahmad hari ini bahawa wang kutipan GST itu tidak hilang, Dr Mahathir berkata: "Kalau dia kata tidak hilang kita hendak tengoklah duit itu ada di mana.
"Kalau kita dapat jumpa balik, duit itu tidak hilanglah. Kalau kita tidak jumpa balik dia (duit itu) hilanglah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Noraini dilaporkan berkata dana itu tidak hilang tetapi dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan dan digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Laporan juga menyebut PAC mengesan berlaku perlanggaran prosedur pemindahan wang berjumlah RM19.4 bilion itu apabila ia tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST seperti ditetapkan.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata tiada keperluan untuk menambah aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam masa terdekat bagi mengekang pencerobohan nelayan asing.
BACA: Negara ada hak dapatkan semula wang projek gagal - Tun Mahathir
Buat masa ini, katanya operasi bersepadu melibatkan pelbagai kementerian dan agensi termasuk Jabatan Perikanan dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilihat berkesan bagi membanteras kegiatan nelayan asing dalam perairan negara.
"Keperluan menambah aset, bot, kapal besar memang ada, (cuma) saya tak fikir dalam masa terdekat. Sebab itu kita mobilise aset daripada lain-lain agensi dan kementerian supaya operasi ini berkesan," katanya yang juga Presiden Bersatu.
Muhyiddin baru-baru ini dilaporkan berkata menerusi Ops Naga yang dilancarkan awal bulan lepas bagi membanteras kegiatan nelayan asing, pihak berkuasa telah menahan sebanyak 52 buah vesel daripada pemeriksaan ke atas 983 buah vesel.
Operasi itu dilaksanakan bersama oleh APMM, TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perikanan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019
DR MAHATHIR: Kalau dia kata tidak hilang, kita hendak tengoklah duit itu ada di mana. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
AS terima laporan penahanan wartawan Al Jazeera
Amerika Syarikat menunggu maklumat lanjut daripada Israel berkenaan penahanan wartawan Al Jazeera di Gaza.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
AS, Jepun bantah pembangunan senjata nuklear angkasa Rusia
Amerika Syarikat dan Jepun pada Isnin mencadangkan keperluan sebuah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menekankan bahawa negara-negara harus mematuhi perjanjian yang melarang meletakkan senjata nuklear di angkasa.
Mesej yang kelihatan ditujukan kepada Rusia itu kerana, republik itu sedang giat membangunkan senjata nuklear anti-satelit berasaskan angkasa lepas
Mesej yang kelihatan ditujukan kepada Rusia itu kerana, republik itu sedang giat membangunkan senjata nuklear anti-satelit berasaskan angkasa lepas
AS sahkan terima laporan berkaitan penahanan wartawan
Amerika Syarikat menunggu maklumat lanjut daripada Israel berkenaan penahanan wartawan Al Jazeera di Gaza.
Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.
Kekejaman Zionis: Pencerobohan Rafah patahkan bantuan ke Gaza - PBB
Penyelaras kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa serangan Israel ke atas Rafah akan menyebabkan pengagihan bantuan ke Gaza musnah.
Kekejaman Zionis: Israel minta ICJ tidak keluar perintah baharu isu kebuluran di Gaza
Israel meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya tidak mengeluarkan perintah kecemasan untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi menangani kebuluran sekaligus menolak permintaan Afrika Selatan untuk berbuat demikian.
Limpahan rezeki di bulan Ramadan
Arisuanai Ahmad memperoleh rezeki melimpah dengan menjual 5,000 Akok Raja setiap hari di Bazar Ramadan Gua Musang, yang dihasilkan menggunakan kaedah tradisional.
Kisah Kanako: Hilang telefon, temui Islam
Kebaikan insan-insan yang ditemuinya semasa melawat Malaysia membuka pintu hati seorang wanita Jepun untuk mengenali Islam.
Mayat lelaki Australia ditemui di kondominium Ampang
Seorang lelaki warga Australia ditemukan meninggal dunia dalam keadaan mayat hampir kembung di sebuah kondominium mewah di Jalan Bemban Ampang.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Belum ada cadangan laksana GST semula - Amir Hamzah
Kerajaan ambil kira kesan terhadap rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup ketika ini.
Kerajaan akan utamakan tambah baik sistem cukai semasa - Amir Hamzah
Kerajaan akan mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai semasa sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai baharu seperti GST.
Kutipan cukai Malaysia paling rendah di rantau ini
Malaysia tertinggal di belakang Singapura serta Thailand kerana kedua-duanya menggunakan sistem GST termasuk VAT.
Tiada rancangan laksana GST, kerajaan fokus subsidi bersasar - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak merancang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini dan tahun depan memandangkan ingin menumpukan kepada subsidi bersasar terlebih dahulu.
Kembalikan GST, naikkan cukai SST langkah kurang tepat - Ismail Sabri
Cadangan kerajaan untuk menaikkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dari enam kepada lapan peratus disifatkan sebagai langkah kurang tepat.
Tadbir urus baik paling utama dalam tangani penyelewengan, kebocoran - PM Anwar
Pencukaian bukanlah perkara yang paling utama untuk menangani penyelewengan dan kebocoran dana Kerajaan.
Kembalikan GST untuk elak pembaziran - Wee Ka Siong
Bagaimanapun, Wee berkata sistem e-invois adalah satu komponen dalam cukai GST yang diguna pakai sebelum ini.
Parlimen: 'Lupakan kisah lama, kembalikan GST' - Ka Siong
GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.
Kadar cukai perkhidmatan 8% tingkatkan dana kerajaan tetapi mungkin naikkan kos pengguna - Firma Cukai
Impak segera kepada perniagaan ialah peningkatan kos menjalankan perniagaan, kata Sim.