Seorang warga emas yang dilaporkan sesat di sekitar tapak perkelahan Ulu Chepor di sini berjaya ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya pada pagi Ahad.
Mangsa, Foo Wan Thot, 80 dilaporkan telah hilang pada malam semalam ( Sabtu) ketika sedang melakukan aktiviti 'jungle-trekking' sebelum sesat hampir 10 jam sebelum berjaya ditemui pagi tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Meru Raya, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Zamri Awang Long berkata pihaknya menjalankan aktiviti pencarian sekitar 8 malam, pada Sabtu.
"Foo sebenarnya sudah biasa melalui jalan ini untuk melaksanakan rutin senaman harian di sekitar tapak perkelahan ini namun semalam, dia tidak berjaya menemui jalan keluar.
" Mangsa kini telah dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans bagi mendapatkan pemeriksaan rawatan lanjut,"katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Mohd Zamri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan warga emas itu daripada ahli keluarga Foo pada malam Sabtu dan segera menggerakan jentera operasi mencari dan menyelamat.
"Kita telah menubuhkan 2 kumpulan dan mencari mangsa secara bergilir-gilir sehingga mangsa ditemui pagi ini.
"Seramai 27 orang yang terdiri daripada anggota Bomba, JPAM, PDRM, MUST Team, pasukan perubatan dan orang awam yang membantu sebagai penunjuk arah telah terlibat dalam operasi ini," katanya lagi.
Menurut Mohd Zamri, Foo, ketika ditemui berasa lega dan berterima kasih kepada pasukannya yang sanggup bersengkang mata untuk mencarinya walau keadaan tanah agak lembap berikutan hujan pada hari sebelumnya.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Nov 29 2015
Wan Thot, 80 dilaporkan telah hilang pada malam semalam ( Sabtu) ketika sedang melakukan 'jungle-trekking' sebelum sesat dan tidak menemui jalan keluar. - Gambar Astro AWANI
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Warga emas sesat di Ulu Chepor ditemui tidak bermaya
Seorang warga emas yang dilaporkan sesat di sekitar tapak perkelahan Ulu Chepor berjaya ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya pada awal pagi Ahad.