awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wawancara 1MDB: Saya sahut cabaran anda Tony Pua, kata Arul Kanda

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2015
05:24 MYT
Wawancara 1MDB: Saya sahut cabaran anda Tony Pua, kata Arul Kanda
Arul Kanda (kanan) mahu Tony Pua terlebih dahulu meletakkan jawatan sebagai anggota kepada PAC terlebih dahulu. -Gambar fail
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata beliau sanggup menyahut cabaran Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk mengadakan satu wawancara secara langsung di televisyen bagi menjawab persoalan berkaitan syarikat itu.
Namun beliau meletakkan satu syarat iaitu Tony Pua perlu meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terlebih dahulu.
Arul Kanda berkata, tindakan itu perlu bagi menjamin integriti jawatankuasa yang menyiasat syarikat 1MDB dipelihara dan bagi mengelakkan percanggahan kepentingan.
“YB Tony Pua telah mencabar saya pagi ini untuk mengadakan wawancara secara langsung di televisyen dengannya. Saya dengan ini menerima cabaran itu dan menunggu masa untuk menjawab soalan olehnya.
“Adalah diketahui Tony Pua adalah anggota PAC yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Bagi memastikan integriti siasatan PAC, dan bagi mengelak percanggahan kepentingan, Tony Pua mesti meletakkan jawatan daripada PAC,” kata Arul Kanda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tony Pua dalam satu kenyataan pagi tadi melontarkan cabaran buat Arul Kanda agar mengadakan satu lagi wawancara langsung bersamanya susulan program khas “Bernama TV with Arul Kanda” yang disiarkan pada Rabu.
Arul Kanda ketika menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan dalam program itu antara lain berkata tiada apa yang hendak disembunyikan dan 1MDB bukan punca nilai ringgit jatuh.
1MDB juga dikatakan perlu dibiar melaksanakan pelan rasionalisasinya agar syarikat itu dapat mengurangkan pergantungan kepada bantuan kerajaan.
BACA: Transkrip program khas 'Bernama TV with Arul Kanda'
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Arul Kanda
#Bernama TV
#Tony Pua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan