awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ya tuhan, berikan aku kekuatan harungi fitnah ini" - Dr Maszlee

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
07/01/2020
04:09 MYT
"Ya tuhan, berikan aku kekuatan harungi fitnah ini" - Dr Maszlee
Jelasnya, perkara berkenaan adalah fitnah semata-mata kerana perancangan mengenai KSCIP itu tiada kaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semasa beliau mengendalikan kementerian itu. -Foto Instagram Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menyangkal dakwaan kononnya beliau dipecat daripada menjadi Menteri Pendidikan disebabkan perancangan beliau untuk membuka semula King Salman Centre for International Peace (KSCIP) seperti yang tersebar.
Jelasnya, perkara berkenaan adalah fitnah semata-mata kerana perancangan mengenai KSCIP itu tiada kaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semasa beliau mengendalikan kementerian itu.
“Ini adalah fitnah.
“Tidak pernah ada pun perancangan mengenai King Salman Centre for International Peace (KSCIP) semasa saya menjadi Menteri Pendidikan dahulu.
“Malah, apa kaitannya dengan KPM?,” soal Maszlee menerusi satu muat naik di laman Instagram pada tengahari Selasa.
Jelas Maszlee, segala gerak kerja beliau sering direkod dalam laporan kerja dan semua pihak boleh memeriksanya dengan pihak KPM.
Luah Maszlee lagi, beliau sudah tiada apa-apa jawatan dan bukannya seorang menteri lagi.
“Ya Tuhan. Berikan saya kekuatan untuk mengharungi fitnah ini.
“Saya sudah tiada jawatan apa-apa. Saya bukan lagi menteri. Saya hanya rakyat biasa," tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Ini adalah fitnah. Tidak pernah ada pun perancangan mengenai King Salman Centre for International Peace (KSCIP) semasa saya menjadi Menteri Pendidikan dahulu. Malah apa kaitannya dengan KPM? Anda semua boleh semak dengan warga KPM. Segala gerak kerja saya, semua ada dalam laporan dan direkodkan. Ya Tuhan. Berikan saya kekuatan untuk mengharungi fitnah ini. Saya sudah tiada jawatan apa-apa. Saya bukan lagi menteri. Saya hanya rakyat biasa. Saya mohon agar fitnah sebegini dihentikan segera oleh sesiapa sahaja dalangnya, dan saya merayu sangat-sangat agar media menyemak dahulu kesahihan berita sebelum disiarkan. Terima kasih.
A post shared by Maszlee Malik (@maszlee) on
Jan 6, 2020 at 6:22pm PST
BACA: 'Atas nasihat Ayahanda Tun M, saya letak jawatan Menteri Pendidikan' - Maszlee
BACA: Bukan Maszlee, 'sedozen' menteri lain lebih layak letak jawatan - Khairy
Tegasnya, beliau menggesa agar pihak media menyemak dahulu kesahihan berita sebelum disiarkan dan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah terhadapnya.
“Saya mohon agar fitnah sebegini dihentikan segera oleh sesiapa sahaja dalangnya, dan saya merayu sangat-sangat agar media menyemak dahulu kesahihan berita sebelum disiarkan.
Keputusan Maszlee memuat naik kenyataan tersebut menerusi laman Instagram adalah bagi membidas dakwaan tidak benar yang dilapor oleh sebuah portal berita tempatan.
Dakwa portal berkenaan, pemecatan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan adalah disebabkan rasa berang Perdana Menteri terhadap rancangan pembukaan semula pusat sokongan Arab Saudi itu.
Pada 2 Januari lalu, Maszlee dalam sidang media khas mengumumkan peletakan jawatannya juga menyebut bahawa beliau sering dilihat menyusahkan pimpinan atas beberapa isu seperti pengajaran tulisan Jawi, pembekalan perkhidmatan Internet di sekolah, dan program sarapan percuma di sekolah rendah.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir
#fitnah
#Kementerian Pendidikan
#King Salman Centre for International Peace
#Maszlee Malik
#menteri
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#pendidikan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan