YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan berangkat ke negara Brunei Darussalam sempena lawatan negara bermula esok hingga 20 Ogos.
Menurut kenyataan Kementeri Luar hari ini, lawatan ke negara itu adalah yang pertama setelah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lalu.
Lawatan itu juga sebagai mengenang kembali lawatan bersejarah Paduka Ayahanda, Almarhum Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama mengadakan Lawatan Negara ke Brunei sebaik sahaja negara itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1984.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat mengiringi Al-Sultan Abdullah selain Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, pegawai-pegawai kanan kementerian luar, Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri.
"Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Negara, Majlis Menghadap dan Majlis Santapan Diraja yang akan dihoskan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan sepanjang lawatan itu," menurut kenyataan Wisma Putra itu.
Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan itu turut berkenan manganugerahkan Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B) iaitu bintang kebesaran tertinggi negara itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K) kepada Raja Permaisuri Agong.
Yang di-Pertuan Agong pula akan menganugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) kepada isteri Sultan Brunei, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha," menurut kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu juga menyebut Al-Sultan Abdullah dan isteri turut berkenaan menghadiri Majlis Santapan Malam bersama rakyat Malaysia di negara itu dan melawat beberapa tempat bersejarah dan Jabatan Kerajaan di Bandar Seri Begawan.
"Lawatan Negara ini merupakan lawatan istimewa yang dapat merapatkan lagi hubungan sedia akrab kedua-dua negara yang banyak berkongsi nilai-nilai Islam dan budaya Melayu sejak sekian lama," menurut kenyataan itu lagi. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 17 2019
Lawatan ke Brunei esok merupakan yang pertama buat Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lalu. - Gambar BERNAMA
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Brunei esok
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan berangkat ke negara Brunei Darussalam sempena lawatan negara bermula esok hingga 20 Ogos.