Tutup

Yang di-Pertuan Agong cemar duli bantu mangsa kemalangan

Yang di-Pertuan Agong cemar duli bantu mangsa kemalangan
Baginda berkesempatan turun dari kenderaan rasmi baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di Putrajaya - Gambar Instagram ISTANA NEGARA
PUTRAJAYA: Jika beberapa hari lalu tular di media sosial rakaman Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beratur membeli makanan di sebuah restoran makanan segera, hari ini baginda sekali lagi menarik perhatian rakyat Malaysia.

Kali ini baginda telah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di Putrajaya, pada Rabu.
Difahamkan, Seri Paduka Baginda Tuanku dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya.

Mangsa kemalangan juga, yang juga dikenali sebagai Jasliza Jamil bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius.
Selepas selesai membantu mangsa, baginda terus menyambung perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet.

BACA : Agong beratur beli ayam goreng KFC di Temerloh


Rakaman foto baginda turun dari kenderaan rasmi untuk membantu mangsa itu turut dimuat naik di laman sosial Instagram Istana Negara.

Rata-rata rakyat Malaysia kagum dengan sifat baginda yang sangat mesra dengan rakyat jelata.




Tag: Yang di-Pertuan Agong, media sosial, Instagram, kemalangan, Bantu, tular, viral, AWANIviral, Agong makan KFC, Agong bantu mangsa kemalangan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.