Zahid kecewa rizab Petronas diguna tampung defisit Belanjawan 2019

Zahid kecewa rizab Petronas diguna tampung defisit Belanjawan 2019
Zahid (tengah) diapit oleh Datuk Seri Mohamad Hassan (kiri) dan Tan Sri Annuar Musa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur hari ini. - Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi menzahirkan kekecewaan apabila unjuran tinjauan penarafan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) LNG Ltd (PLL) berubah kepada negatif, daripada stabil.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bulanan hari ini, Zahid menyifatkan penggunaan rizab Petronas untuk menampung defisit Belanjawan 2019 sebagai sesuatu yang menyedihkan.

"Ini merupakan bayangan masa depan penarafan Petronas. Kami juga bersedih apabila dana simpanan Petronas diguna untuk menampung defisit bajet, iaitu sebanyak RM30 bilion tambahan daripada jumlah dividen yang telah diberikan sebelum ini sebanyak kira-kira RM20 bilion.
"Ini dikhuatiri akan mengurangkan pengukuhan dana simpanan yang selama ini dipegang oleh Petronas," kata Zahid.

Laporan media hari ini menyebut Penolong Naib Presiden dan Penganalisis Moody’s, Rachel Chua berkata perubahan unjuran penarafan PLL itu adalah berasaskan unjuran penarafan bagi syarikat induk muktamad PLL, iaitu Petronas.

VIDEO: Petronas mampu bayar dividen khas kepada kerajaan

BACA: 'Kerajaan tak rompak Petronas' - Tun Daim



Tag: Zahid Hamidi, UMNO, Petronas, presiden, majlis tertinggi, bajet, defisit, tinjauan penarafan, dana simpanan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.