Tutup

Zuraida boleh luah 'perasaan' dalam sesi pemukiman PKR - Saifuddin

Zuraida boleh luah 'perasaan' dalam sesi pemukiman PKR - Saifuddin
Tindakan Zuraida mengeluarkan kenyataan media setiap hari disifatkan Saifuddin, tidak menyelesaikan masalah.
PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin seharusnya menggunakan peluang pada sesi pemukiman PKR yang bermula pada Jumaat malam hingga Ahad ini seandainya ada perkara yang tidak memuaskan hatinya dalam isu parti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, tindakan Ahli Parlimen Ampang itu yang mengeluarkan kenyataan setiap hari mengenai parti tidak menyelesaikan sebarang kemelut yang melanda.
"Zuraida adalah pemimpin kanan parti dan juga adalah peserta pemukiman. Adalah lebih molek dan cantik apa-apa pandangan tentang permasalahan parti selama tiga hari sesi ini adalah plafform terbaik.

"Jadi saya suka mengalukan agar dia dapat bersama dalam sesi ini kalau maksudnya ada perpecahan, kalau berlaku apa hendak mengubatnya
“Itu lebih baik daripada mengeluarkan kenyataan setiap hari dan tidak membantu keadaaan," katanya semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Food Bank Malaysia @Putrajaya di sini, pada Jumaat.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menyampaikan ucapan perasmian pada sesi pemukiman berkenaan.

Saifuddin mengulas kenyataan Zuraida yang mengakui PKR sedang berdepan konflik sejak penyebaran klip video intim yang berkaitan dengan seorang menteri Kabinet.

Zuraida juga salah seorang daripada 28 pemimpin PKR yang mengeluarkan kenyataan bersama menegur Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.

Pada hari ini pula, sejumlah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR mengumumkan sokongan penuh kepada Anwar.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, jurucakapnya yang juga Pengerusi MPN Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, mereka berdiri teguh di belakang Anwar dalam menghadapi apa jua cabaran dan dugaan, yang boleh melemahkan parti.

BACA: MPN PKR sokong penuh kepimpinan Anwar




Tag: Zuraida Kamarudin, Saifuddin Nasution, kemelut PKR, pemukiman PKR, Anwar Ibrahim, Azmin Ali



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.