Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadualkan ke Kuala Lumpur pada Ahad
bagi menghadiri mesyuarat tertutup bersama pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Abang Johari dilihat menaiki pesawat peribadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (Hangar Hornbill Skyways) pada jam 3.30 petang ini.

Mesyuarat itu akan diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Bagaimanapun menurut sumber, tidak dinyatakan intipati perkara yang akan dibincangkan.

Abang Johari juga dipercayai akan bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediaman peribadi Perdana Menteri itu di Bukit Damansara pukul 6 petang ini.

Sebelum ini Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing mendedahkan GPS akan mengadakan mesyuarat tertutup bersama Ahli Parlimen GPS.

Beberapa pemimpin kanan GPS telah berada di Kuala Lumpur termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

BACA: Kehadiran Fadillah di kediaman Muhyiddin sebagai "pemerhati" GPS - Abang Jo

BACA: Mesyuarat tertutup pimpinan tertinggi GPS di Kuala Lumpur pada Ahad

BACA: Tiada syarat ditetapkan ketika perjumpaan dengan Tun M - Abang Johari