Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah dan Ayer Hangat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi mengesahkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta memberi sokongan kepada pembentukan kerajaan negeri baharu.
Bercakap kepada Bernama ADUN Ayer Hangat, Juhari Bulat berkata keputusan tersebut dibuat supaya sealiran dengan kepimpinan Bersatu di peringkat kerajaan persekutuan.
"Keputusan ini juga dibuat supaya kami di peringkat negeri sealiran dengan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri, jadi kami di peringkat negeri mahu ikut kepimpinan peringkat persekutuan," katanya kepada Bernama.
Juhari yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata keputusan beliau juga mendapat sokongan di peringkat akar umbi DUN Ayer Hangat.
"Saya dah minta pendapat ahli di peringkat akar umbi, mereka setuju dengan keputusan yang diambil. Kami ada bot baharu yang mai, jadi kami ambil keputusan untuk naik bot tersebut," katanya.
BACA: Dua ADUN Kedah dari PKR keluar parti, sokong kerajaan PN
BACA: Kerajaan PH Kedah tumbang?
BACA: 19 ADUN Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz
Dalam satu kenyataan berasingan, ADUN Kuah Mohd Firdaus Ahmad ketika menjelaskan keputusannya menegaskan tidak timbul soal lompat parti berikutan keputusannya itu, sebaliknya beliau kekal bersama Bersatu mengikut kepimpinan di peringkat pusat.
"Janganlah keliru atau terpedaya kata kami empat wakil rakyat Bersatu keluar parti atau lompat parti. Kami masih lagi di dalam parti Bersatu, cuma kami ikut hala tuju dan arahan parti serta presiden parti sekarang ini," katanya.
Seramai 19 daripada 36 ADUN Kedah pada Selasa mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.
Ketua Pembangkang DUN Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata mereka merangkumi 15 ADUN PAS, dua UMNO dan dua lagi ADUN PKR yang mengumumkan keluar parti tengah hari semalam, iaitu Azman Nasrudin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam).
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 12 2020
Mohd Firdaus (kiri) dan Juhari berkata keputusan dibuat supaya mereka di peringkat negeri sealiran dengan presiden parti. - Foto Facebook
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
UAE masih bergelut selepas ribut
Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih bergelut dalam proses pemulihan selepas dilanda ribut yang menyebabkan sebahagian besar aktiviti negara terhenti.
Dua kali tolak tawaran, suami isteri sabar menanti untuk ke Baitullah
Pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak sabar untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah bagi musim haji 1445H/2024M, lebih-lebih lagi apabila dua kali menolak tawaran diberikan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.