Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjangkakan ketidakhadiran timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada hari kedua Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Sesi 2018/2021.

Bagaimanapun jelasnya, kedua-dua pihak sudah membuat kenyataan berhubung isu melibatkan video intim dan ia sudah cukup menghentikan pergeseran antara mereka.

“Kita sudah putuskan tadi, kita sudah bincang, sudahlah. Buat kenyataan yang baik cukuplah.

"Memang sudah jangka. Mereka (beri) kenyataan (pun) sudah baik,” katanya kepada media selepas Temurapat Majlis Pimpinan Pusat 2018/2021 di sini pada malam Sabtu.

BACA: Azmin, Zuraida tidak hadir Temurapat PKR

Ditanya mengapa beliau seakan cuba mengelak soalan wartawan mengenai ketidakhadiran Azmin, ini jawapan beliau: “Kami sudah buat kenyataan dah sudahlah. Asyik muka saya saja muka depan suratkhabar."

Mengenai ketidakhadiran Zuraida Kamaruddin pada temurapat itu, Anwar berkata beliau sedia menerima alasan Naib Presiden PKR itu yang dikatakan mempunyai urusan rasmi.