awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
Rakyat Kelantan boleh mohon lesen mendulang mulai 1 Jan 2026
2026 buka lembaran baharu untuk Sabah terus maju - Hajiji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin nafi hubungannya dengan Anwar tegang

Firdaus Azil
Firdaus Azil
05/12/2019
15:32 MYT
Azmin nafi hubungannya dengan Anwar tegang
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengayuh beca masuk ke dalam dewan pada Kongres Nasional Tahunan AMK dan Wanita PKR di MITC Ayer Keroh, malam ini. - Foto BERNAMA
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan hubungan beliau dengan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami ketegangan seperti yang dilaporkan pihak tertentu sebelum ini.
Sebaliknya, jelas Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu lagi, hubungan beliau dengan Anwar, malah dengan Majlis Pimpinan Pusat, Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wanita dan pimpinan lain sentiasa baik dan positif.
“Cuma mungkin media merasa pelik kerana 60 tahun media melaporkan parti yang tidak boleh ada perbezaan... bila tengok presiden dan timbalan berbeza pandangan, media terkejut,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita dan AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini malam ini.
Mohamed Azmin berkata, sebagai sebuah parti yang cukup dinamik dan pertahankan prinsip demokrasi, sudah tentu ada pandangan berbeza dan pendekatan berbeza dalam PKR.
“Seperti yang Barack Obama sering kali menyebut, democracy is a noisy process. Banyak pandangan dan banyak saranan. Tetapi kekuatan Keadilan adalah, walaupun dengan pandangan berbeza, akhirnya semua pihak akan mencapai konsensus,” katanya lagi.
BACA: Perselisihan faham dalam PKR perkara biasa - Azmin
Menyentuh mengenai topik perbahasan yang bakal dibawa perwakilan, termasuk soal peralihan kuasa Perdana Menteri, Mohamed Azmin berkata, PKR merupakan parti yang memberi kebebasan kepada ahli untuk membawa isu atau permasalahan kepada perhatian kongres.
Beliau berkata, pimpinan kanan percaya perwakilan yang terpilih, baik dari AMK mahupun Wanita, merupakan perwakilan yang matang, berbahas dengan fakta, serta tidak beremosi.
“Saya yakin perwakilan kita di AMK dan Wanita ada lah perwakilan matang yang akan berbahas dengan berfakta, dengan memberikan hujah yang cukup bernas, tidak beremosi kerana ini parti utama sekarang dalam kerajaan dan dalam lanskap politik Malaysia
“Seluruh dunia sedang memerhati tindakan dan juga langkah Keadilan. Lihat saja malam ini media luar biasa, tak pernah dapat sambutan seperti ini. Media sudah mengesahkan bahawa PKR ini merupakan parti masa depan untuk Malaysia,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#AMK
#Angkatan Muda Keadilan
#Anwar Ibrahim
#Keadilan
#Majlis Pimpinan Pusat
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu
#Mohamed Azmin Ali
#Presiden PKR
#Timbalan Presiden PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan