Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kritikan demi kritikan yang berlaku dalam landskap politik negara termasuk pentadbiran kerajaan kini tidak akan membawa apa-apa kebaikan.

Malah, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM, itu juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjawab persoalan yang diutarakan.

"Dia kena buat sesuatu sebab dia pemimpin parti dan negara. Takkan dia tak tau langsung," ujar Abdullah ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar Biodiversiti dan Konservasi: Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan di sini hari ini.

Mengulas mengenai peralihan kuasa yang dicadangkan Tun Mahathir, Abdullah berkata "biarlah Najib tentukan, sebab dia yang ada kuasa. Buat kerja masing-masing sudah lah."


BACA: Tun M beri tekanan lagi kepada Najib, persoalkan 1MDB

BACA: GST patut dibatalkan - Tun M

BACA:
Najib tidak terlibat langsung kes Altantuya - Tun Abdullah

Dr. Mahathir baru-baru ini meluahkan kekecewaannya dalam laman blog miliknya (www.chedet.cc), dengan mengatakan beliau bersendirian dalam melontarkan kritikan ke atas pentadbiran kerajaan yang diketuai Najib.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dilanda kemelut hutang dan sehingga kini masih tiada jawapan, selain turut menyentuh isu pembunuhan model dan penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.