Tutup

Dana RM90 juta: Nik Abduh hadir di pejabat SPRM Kelantan

Dana RM90 juta: Nik Abduh hadir di pejabat SPRM Kelantan
NIK ABDUH (tiga dari kiri, berkopiah) hadir ke pejabat SPRM Kelantan pagi Jumaat.
KOTA BHARU: Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz tampil memberikan keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pada Jumaat.

Nik Mohamed Abduh yang memandu sendiri kereta jenis Mercerdes Benz tiba di Pejabat SPRM Kelantan sekitar jam 10.20 pagi Jumaat.

Nik Mohamed Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat hadir dipercayai bagi memberikan keterangan berkaitan kes dana RM90 juta yang diterima oleh beberapa pemimpin Pas dari UMNO.

Nik Mohamed Abduh memandu sendiri kereta ke Pejabat SPRM Kelantan.
Ketika berita ini ditulis, Nik Mohamed Abduh masih lagi berada di dalam pejabat SPRM Kelantan.

Sebelum ini rakaman audio yang didakwa suaranya kembali tular yang antara lain mendakwa menerima wang dari UMNO selain beberapa pimpinan Pas Pusat.
BACA: SPRM panggil 4 saksi bantu siasatan dakwaan Pas terima RM90 juta

BACA: Isu RM90 juta: 'Saya belum dipanggil' - Nik Abduh