awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat Presiden UMNO: Eloklah isu parti dibincang di 'halaman sendiri' - Zahid

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
21/06/2018
09:18 MYT
Debat Presiden UMNO: Eloklah isu parti dibincang di 'halaman sendiri' - Zahid
ZAHID: 'Kita mempunyai acuan yang berbeza dan tak perlu ikut acuan orang lain.' - Foto Astro AWANI
Calon Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berhasrat untuk menyahut cabaran berdebat dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjelang Pemilihan UMNO pada 30 Jun ini.
Pemangku Presiden UMNO itu berkata, UMNO tidak perlu ikut sistem debat calon seperti yang diamalkan Parti Demokrat atau Republikan di Amerika Syarikat.
"Acuan politik kita adalah acuan politik keluarga dan UMNO sebagai parti besar orang Melayu eloklah jika isu parti dibincangkan di halaman rumah sendiri.
"Walaupun kita meraikan perbezaan, kita tidak perlu berkongsi perbezaan pendapat ini dengan orang lain terutamanya mereka yang tidak mahu melihat UMNO kukuh.
"Biarlah kita selesaikan dengan ukhwah sedia ada dengan rasa kekeluargaan," katanya sebagai mengula cadangan debat oleh Tengku Razaleigh dalam satu temu bual dengan Astro AWANI, baru-baru ini.
BACA: TERKINI! Ku Li, KJ sah berdebat di Astro AWANI 29 Jun ini
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Jelajah Aidilfitri di Banggunan UMNO Kelantan pada Khamis.
BACA: Debat AWANI Ku Li - Khairy eksklusif di Astro AWANI 29 Jun ini!
Tambahnya, debat secara terbuka tidak sesuai dengan budaya politik UMNO kerana ia wajar diselesaikan melalui perbincangan dalaman parti malah mendedahkan UMNO kepada musuh parti.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Amerika Syarikat
#calon
#debat
#Gua Musang
#keluarga
#Melayu
#Parlimen
#pemilihan
#Pemilihan UMNO
#politik
#presiden
#rumah
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan