Ahli UMNO diminta memberi sedikit ruang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menyusun semula parti seperti mandat yang diberikan perwakilan sehingga 2021.
Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Masrizal Muhammad berkata, ia sekali gus usaha Presiden UMNO itu mengorak langkah bagi memacu semula parti dalam misi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Bagaimanapun jelasnya, usaha itu tidak pernah melibatkan sebarang pelan untuk membawa UMNO bergabung dengan DAP.
"Berlegar-legar di alam maya terutamanya dalam kumpulan Whatsapp akan dakwaan bahawa Ahmad Zahid ingin membawa UMNO bersama DAP.
"Ia tercetus lantaran daripada perjumpaan tertutup antara Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO yang dieksploitasi pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan pelbagai tafsiran dan polemik politik.
"Sesungguhnya, ia adalah satu lemparan tuduhan yang sungguh berat dan satu tohmahan politik yang cukup keterlaluan. Ia sesuatu yang bersifat palsu dan amat jauh daripada kebenaran," katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.
BACA: KJ nafi terlibat usaha singkirkan Zahid, namun akui ada pertemuan sulit
BACA: Jangan main-main dengan rakyat - Ahmad Zahid
Jelas Ahmad Masrizal, terlalu banyak spekulasi melibatkan Ahmad Zahid akhir-akhir ini terutama isu mahu bersama DAP.
"Tiada sebarang logik untuk mengaitkan Ahmad Zahid dengan agenda bersama DAP seperti berita yang tersiar di alam maya.
"Ahmad Zahid tidak pernah menyuarakan hasrat atau membenarkan sebarang usaha UMNO untuk bergabung dengan DAP di mana-mana pentas mahu pun media. Jauh sekali untuk mengadakan sebarang rundingan politik dengan parti itu," ujarnya.
Tegasnya, akhir-akhir ini UMNO dilihat cukup kuat 'bergegar' sehingga hentaman yang berlaku bukan sahaja menyinggah mengenai parti tetapi terkena langsung Ahmad Zahid.
"Presiden UMNO yang kelapan itu ditakdirkan untuk menakhodai parti tertua dalam era sebagai pembangkang.
"Ia zaman yang tidak pernah dirasai oleh mana-mana pemimpin dan ahli UMNO sebelum ini dan pastinya mengolah pengalaman yang berbeza dalam konteks memimpin serta mengurus parti.
"UMNO tidak seumpama Bersatu yang boleh dengan secara terbuka bersuka ria dengan DAP. Laras perjuangan UMNO dengan DAP juga terlalu jauh bezanya," katanya.
Ujarnya, konsistensi Ahmad Zahid dalam menegakkan wadah Islam serta agenda Melayu terserlah begitu ketara sejak di alam menara gading lagi.
"Jadi, apakah tidak terfikir oleh semua bahawa Ahmad Zahid itu bukanlah seorang yang mentah dalam politik? Presiden UMNO itu sudah begitu lama dalam politik dan amat tahu sepak terajangnya.
"Ahmad Zahid juga adalah seorang yang cukup kental jiwa Melayu-Islamnya. Imejnya dalam kalangan bukan Islam bukanlah cantik sangat seperti pemimpin lain lantaran sering dilabel sebagai sebagai Ultra Melayu Islam.
"Jadi mana mungkin kita boleh mudah tertipu oleh permainan politik yang dijana melalui media sosial sebegini," ujarnya.
Astro Awani
Thu Dec 13 2018
Berlegar-legar di alam maya terutamanya dalam kumpulan Whatsapp akan dakwaan bahawa Ahmad Zahid ingin membawa UMNO bersama DAP. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).