Tutup

Fokus kepada masalah rakyat bukan terlibat masalah PH - Najib

Fokus kepada masalah rakyat bukan terlibat masalah PH - Najib
Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan masalah dalaman PH perlu diselesaikan sendiri oleh pemimpin gabungan tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dinasihatkan agar mengutamakan kepentingan rakyat berbanding melibatkan diri dalam isu kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan masalah dalaman PH perlu diselesaikan  sendiri oleh pemimpin gabungan tersebut.

Najib juga menjelaskan tumpuan terhadap kepentingan rakyat itulah yang memberi kemenangan besar kepada BN pada PRK Tanjung Piai.

"Kita perlu memberi fokus kepada peranan kita sebagai pembangkang iaitu untuk juarai kepentingan rakyat. Itu adalah perkara paling penting.
"Disebabkan kita fokus, kita mendapat sokongan di Tanjung Piai. Rakyat meratapi kepimpinan dan mereka mahu kita juarai kepentingan mereka, jadi kita mesti memberi tumpuan kepada itu.

"Saya rasa biarlah PH menyelesaikan masalah kepimpinan sendiri. Ia bukan untuk BN untuk melibatkan diri," katanya kepada pemberita di lobi Mahkamah Tinggi pada Selasa.
BACA: Azmin Ali jumpa Ahli Parlimen PH, BN di Putrajaya malam ini?

BACA: 'Saya sedia disiasat' - Hishammuddin nafi jadi dalang pertemuan MP di rumah Azmin

Najib mengulas mengenai pertemuan diadakan di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali di Putrajaya pada Isnin malam, yang dikatakan membabitkan sekurang-kurangnya 22 anggota parlimen BN.

Antara pemimpin BN yang hadir pada pertemuan yang diadakan di kediaman Azmin di Putrajaya itu ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Hishammuddin mengetuai pertemuan ahli parlimen BN dengan Azmin itu.

Bagaimanapun Hishammuddin menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan beliau sedia disiasat Lembaga Disiplin UMNO berhubung dakwaan tersebut.


Tag: Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Najib Razak, Hishammuddin Hussein, Azmin Ali, Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad, rakyat



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.