Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Gabungan baharu Johor tiada sokongan majoriti - PH Johor

Gabungan baharu Johor tiada sokongan majoriti - PH Johor
Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata PH Johor lebih layak untuk mentadbir negeri Johor. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mendakwa gabungan baharu daripada Barisan Nasional dan Bersatu tidak mempunyai sokongan majoriti iaitu 28 kerusi daripada 56 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Pengumuman terbaharu daripada PH Johor itu sekali gus meletakkan kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tergantung.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata PH Johor lebih layak untuk mentadbir negeri Johor.

“Gabungan baharu tiada kelebihan untuk membentuk kerajaan tetapi kami (PH Johor) ada dan layak menerajui kerajaan Johor,” katanya dalam sidang media di sini, Khamis malam.
BACA: Gabungan baharu bentuk kerajaan di Johor - Istana Johor

BACA: UMNO, Bersatu bentuk kerajaan negeri Johor
BACA: Peletakan jawatan Tun M: Perkara yang dijangka berlaku di beberapa negeri

Sidang media tersebut diturut dihadiri oleh ADUN Pemanis, Dr Chong Fat Full yang sebelum ini dikatakan akan menyertai gabungan baharu namun membuat pusingan-U dan menyokong Pakatan Harapan.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal sebelum ini berkata gabungan tersebut akan berbincang bagi mencadangkan nama calon Menteri Besar baharu dalam masa terdekat.

Gabungan kerajaan negeri Johor yang baharu akan dibentuk oleh UMNO, MIC, Bersatu, Pas dan serta beberapa ADUN daripada parti lain yang tidak dimaklumkan.

Setakat ini hanya Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang yang mengambil sikap berkecuali dan menunggu arahan dari Bersatu pusat berhubung keputusannya sama ada untuk menyokong PH Johor ataupun gabungan baru di negeri ini.

ADUN Puteri Wangsa itu berkata, beliau menunggu arahan daripada pusat terutamanya daripada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.




Tag: PH Johor, Pakatan Harapan, Pakatan Harapan Johor, Barisan Nasional, gabungan baharu, Bersatu



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.