awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelaran 'bekas diktator' itu adalah fakta, kata Nurul Izzah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/03/2019
09:29 MYT
Gelaran 'bekas diktator' itu adalah fakta, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, gelaran bekas diktator itu adalah fakta yang diketahui semua orang, dan itu bukan pertama kali beliau sebut secara terbuka. - Gambar fail/BERNAMA
Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah ‘bekas diktator’, seperti yang diungkapnya dalam satu temubual bersama media antarabangsa baru-baru ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, gelaran ‘bekas diktator’ itu adalah fakta yang diketahui semua orang, dan itu bukan pertama kali beliau sebut secara terbuka.
Katanya Nurul Izzah lagi, kenyataan itu sering diungkapkan beliau sewaktu kempen menjelang pilihan raya umum, sewaktu himpunan Bersih dan sebagainya.
“Saya tak faham kenapa menyebutnya dalam forum yang berlainan, tetapi mesejnya sama, adalah satu masalah,” katanya kepada sidang media di lobi Dewan Rakyat, di sini hari ini.
BACA: 'Saya pun kecewa dengan dia orang' - Tun M komen kenyataan Nurul Izzah
Dalam wawancaranya bersama akhbar Singapura baru-baru ini, Nurul Izzah meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH yang gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi sepertimana sepatutnya.
Dalam kenyataan itu, Nurul Izzah meluahkan isi hati beliau yang sukar bekerja dengan ‘bekas diktator’ yang dakwanya telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam kehidupan keluarganya, malah pemerintahan negara.
Mengulas mengenai kenyataan beliau berhubung prestasi kerajaan, Nurul Izzah berkata, tidak ada salahnya untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sekiranya ia merupakan sesuatu yang benar.
“Saya cakap mengenai reformasi negara bergerak perlahan, takkan tak boleh bagi sedikit komen membina,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Permatang Pauh
#Anwar Ibrahim
#bekas diktator
#Nurul Izzah Anwar
#Perdana Menteri
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan