awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
Perolehan projek tentera : Beberapa syarikat terpilih 'dominasi' projek bernilai tinggi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hormati konsensus, jangan bicara soal peralihan kuasa secara terbuka- Anwar

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2020
06:08 MYT
Hormati konsensus, jangan bicara soal peralihan kuasa secara terbuka- Anwar
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membicarakan soal peralihan kuasa secara terbuka. - Gambar fail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membicarakan soal peralihan kuasa secara terbuka.
Pada masa sama, setiap anggota perlu menghormati konsensus yang telah disepakati pada Januari 2018.
"Saya telah memberi jaminan untuk menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ikhtiar mengemudi negara terutama mengukuhkan ekonomi.
"PH dan Tun Dr Mahathir telah berulang kali menegaskan komitmen untuk menjayakan proses transisi seperti yang dipersetujui," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
BACA: Syed Saddiq bidas tindakan sekutu Anwar, DAP desak Tun M tanpa henti
Justeru katanya, semua pihak perlu menghormati keputusan tersebut agar ianya berlaku secara aman dan teratur.
Isu peralihan kuasa mula hangat apabila beberapa wakil rakyat daripada PKR yang mencadangkan Mei ini sebagai tarikh peralihan kuasa kepada Anwar.
Malah, Dr Mahathir sebelum ini pernah berkata sedia melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri serta-merta jika Majlis Presiden PH mahu beliau berbuat demikian.
Jangan bicara soal peralihan kuasa secara terbuka- Anwar
Jangan bicara soal peralihan kuasa secara terbuka- Anwar
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#Perdana Menteri
#PKR
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan