awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadikan PRK Kimanis keinsafan kepada BN dan Warisan - Anis

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2020
11:09 MYT
Jadikan PRK Kimanis keinsafan kepada BN dan Warisan - Anis
ANIS: Jangkaan badan pemikir Ilham Centre kali ini tidak mengena apabila mereka mengatakan Warisan boleh menang selesa. - Gambar fail
Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kimanis sewajarnya melahirkan keinsafan kepada Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).
Penyelidik O2 Malaysia, Anis Sina menjelaskan, BN perlu menghargai kesetiaan masyarakat Sabah dan benar-benar membangunkan Sabah setelah menjadi kerajaan semula kelak selain Warisan tidak boleh beretorik lagi dan membawa pembangunan untuk membuktikan kesungguhan mereka memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Keputusan menunjukkan majoriti pengundi Kimanis memilih BN bagi mewakili mereka di Parlimen.
"Pada saya, jangkaan badan pemikir Ilham Centre kali ini tidak mengena apabila mereka mengatakan Warisan boleh menang selesa. BN sudah mendapat majoriti lebih 2,000 dan peningkatan jumlah undi adalah lebih signifikan kerana itu menunjukkan petanda jelas bahawa pengundi telah beralih.
"Ini kali kedua BN memperoleh undi sewaktu PRK lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Di Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng telah berjaya meraih kembali pengundi PRU ke-13 yang hilang pada PRU ke-14 iaitu sebanyak 5,000 undi," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
BACA: Kimanis Memilih: Warisan diramal menang selesa - Ilham Centre
BACA: PRK Kimanis: Jangan uji kesabaran rakyat, sila penuhi semua janji manis manifesto
Dalam pada itu jelasnya, situasi berbeza di Kimanis kerana penyelidik sudah dari awal menganggarkan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH).
"Akan tetapi, sebagai parti pemerintah negeri dan berhubung baik dengan parti pemerintah persekutuan, secara kritikalnya mereka gagal untuk memobilisasikan lebih ramai pengundi. Akhirnya Warisan kehilangan baki 1,200 pengundi mereka dan 1,300 pengundi dari Parti Harapan Rakyat Sabah.
"Pada sisi lain, kadar turun mengundi (bagi pengundi Warisan) adalah lebih kurang berbanding PRK yang lain di mana hampir mustahil untuk semua pengundi mereka turun mengundi lagi.
"Ini menunjukkan usaha luar biasa BN berkempen dan menggerakkan pengundi sehingga meraih kejayaan," ujarnya.
Katanya lagi, walaupun Datuk Seri Anifah Aman tidak lagi bertanding, pengundi BN tidak beralih kepada Warisan.
Tambah Anis, jangkaan Semenanjung yang menjangka pengundi di Malaysia Timur mengikut kuasa dari Malaysia Barat boleh diragukan.
"Mereka kekal bersama BN walaupun sebagai pembangkang. Selain elit politik (Anifah Aman) tidak memecahkan undi, pengundi di sana juga melihat parti sebagai wadah perwakilan mereka.
"Jika ramai merasakan bumiputera Sabah dan Sarawak ini berbeza dengan Bumiputera Semenanjung, fikirkan semula. Mungkin mereka lebih sama dari apa yang dibayangkan.
"Jika ramai merasakan Bumiputera dan bukan Bumiputera ini jauh berbeza, fikirkan semula. Mungkin kita semua inginkan benda yang sama, cuma dengan definisi dan gambaran yang berbeza sahaja," katanya.
BN mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis menerusi kemenangan calonnya, Datuk Mohamad Alamin, pada PRK kawasan itu dengan majoriti 2,029 undi.
Mohamad menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang yang mendapat 10,677 undi dalam persaingan satu lawan satu.
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#Barisan Nasional
#Bumiputera
#Manifesto
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#pembangkang
#Perjanjian Malaysia 1963
#politik
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan