awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
Presiden Prabowo sambut tahun baharu 2026 bersama mangsa banjir di Aceh
Ambang tahun baharu 2026 diserikan dengan pertunjukan bunga api, acara kerohanian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebuntuan politik, GPS sedia hadapi sebarang kemungkinan

Astro Awani
Astro Awani
27/02/2020
08:20 MYT
Kebuntuan politik, GPS sedia hadapi sebarang kemungkinan
GPS akan tetap menghormati segala keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. FOTO: Bernama
Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berdepan dengan kemelut politik semasa yang melanda negara ketika ini termasuk kemungkinan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
Kenyataan itu disuarakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Julaihi Narawi.
Julaihi yang juga Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Sarawak bagaimanapun berkata, GPS akan tetap menghormati segala keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Insha Allah kita bersedia dengan apa juga keputusan kepimpinan tertinggi, kita bekerja keras untuk rakyat bukan hanya ketika tibanya pilihan raya, kita memang selalu berada di lapangan setiap masa,”
“Kita dipilih untuk berkhidmat untuk rakyat dan negeri tercinta ini,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Kuching hari ini.
Sebelum ini Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata tiada syarat ditetapkan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
BACA: Tiada syarat ditetapkan ketika perjumpaan dengan Tun M - Abang Johari
BACA: GPS utamakan kepentingan negara dan negeri Sarawak
Malah Abang Johari berkata sokongan GPS agar beliau (Tun Dr Mahathir) kekal mentadbir negara juga dibuat sebulat suara bersama rakan komponen gabungan berkenaan adalah demi negara.
Topic Berkaitan
#Datuk Julaihi Narawi
#GPS
#Malaysia2020
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB
#Sarawak
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan