awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
27/03/2016
12:43 MYT
'Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: "Kalau yang ada di dalam dewan itu (Kongres Rakyat) majoriti, sudah lama kita hancur." - Gambar fail
Kehadiran orang ramai serta beberapa pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Kongres Rakyat tidak mewakili suara majoriti rakyat negara ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Dr Mahathir juga harus ingat jatuh bangun seseorang pemimpin bergantung kepada saluran betul dan bukan dengan cara perhimpunan.
"Saya sedih dan kecewa dengan tindakan Dr Mahathir. Tidak habis satu demi satu, dia kena ingat apa yang dilontarkan itu terhadap seorang perdana menteri dan dia juga seorang perdana menteri dahulu.
"Kalau hendak diteruskan dengan perhimpunan ini, teruskanlah asalkan tidak melanggar undang-undang. Akhirnya rakyat yang akan menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin.
"Kalau yang ada di dalam dewan itu (Kongres Rakyat) majoriti, sudah lama kita hancur," katanya semasa sidang media selepas memberi ucapan penutup Konvensyen 'The Straight Path: The Major Obstacles' di PWTC di sini hari ini.
BACA: Kongres Rakyat: Dr Mahathir akui Majlis Raja-Raja tiada kuasa singkir PM
Konvensyen dua hari yang berakhir hari ini membincangkan cabaran umat Islam dalam menghadapi isu-isu semasa.
Dr Mahathir menghadiri Kongres Rakyat 2016 bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dr Mahathir di dalam ucaptama dalam kongres yang turut dihadiri pemimpin pembangkang itu antara lain mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan dengan alasan gagal menyelesaikan beberapa isu semasa.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin
#Kongres Rakyat
#Lim Kit Siang
#Muhyiddin Yassin
#Mukhriz Mahathir
#Najib Razak
#Tun Mahathir
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan