Penerimaan masuk Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib ke dalam UMNO semula merupakan strategi parti itu untuk merampas semula undi dari parti pembangkang.
Demikian pandangan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian, yang menyifatkan langkah itu sebagai usaha yang cuba dilakukan oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk memberi nilai tambah kepada kedudukan serta persaingan parti itu di Selangor.
“Apabila beliau keluar dari UMNO, barangkali itu merupakan usaha untuk mengkaji pemikiran pengundi Melayu yang pernah bersama dengan Pas, PKR dan UMNO dan juga bagaimana beliau boleh melahirkan keyakinan ke arah itu,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau juga tidak menafikan bahawa kehilangan Muhammad atau 'Mat Taib' akan memberi impak kepada Pakatan Harapan kerana beliau pernah bersama dua parti besar di Selangor.
BACA: 'Mat Taib' kembali sertai UMNO
“Apatah lagi pada tahun 2013, analisis menunjukkan bahawa kemasukkan beliau dalam Pakatan Harapan membolehkan Pas mengunakan kehadiran beliau untuk mempengarahui pengundi Melayu yang melakukan undi protes terhadap UMNO.
“Itu juga cabaran Muhammad bagaimana beliau boleh kembalikan sokongan yang hilang dari UMNO,” katanya.
Tambahnya, Pakatan Harapan juga mempunyai cabaran bagi mencari pengganti Mat Taib yang mempunyai peranan yang penting untuk kedudukan dalam Selangor.
Astro Awani
Mon Sep 18 2017
Penerimaan masuk Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib ke dalam UMNO semula merupakan strategi parti itu merampas semula undi dari parti pembangkang.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Bersihkan UMNO daripada pemimpin cari projek - Mat Taib
Pembersihan UMNO daripada pemimpin yang menabur wang ringgit dalam perjuangan menjamin kemenangan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Kemasukan semula Mat Taib strategi UMNO rampas balik undi - Dr Sivamurugan
Penerimaan masuk Tan Sri Muhammad Muhamad Taib ke dalam UMNO semula merupakan strategi parti itu merampas semula undi dari parti pembangkang.
Mat Taib mampu beri suntikan semangat UMNO Selangor
Penyertaan semula Muhammad dalam UMNO menjadi suntikan semangat untuk UMNO negeri berjuang memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang dan menawan semula Selangor.