awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kepada Allah saya bertawakal' - Husam

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
13/02/2016
08:16 MYT
'Kepada Allah saya bertawakal' - Husam
Tambah Husam, beliau akan bertanggungjawab atas segala ucapan serta kenyataan yang dibuatnya dan beliau akan mempertahankan tindakannya ketika prosiding dijalankan. - Gambar fail
Bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa menyuarakan kesanggupan untuk menemui Jawatankuasa Tatatertib Pas.
"Saya menunggu kertas pertuduhan rasmi untuk membolehkan saya menyediakan pembelaan yang sewajarnya," kata Husam dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau memberi respon susulan pengumuman dari Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa beliau akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib berikutan keputusan daripada Mesyuarat Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Sabtu.
Tambah Husam, beliau akan bertanggungjawab atas segala ucapan serta kenyataan yang dibuatnya dan beliau akan mempertahankan tindakannya ketika prosiding dijalankan.
"Pada masa sama, saya akan menyampaikan kepada jawatankuasa nanti tentang perkara yang dibuat oleh pihak tertentu dalam Pas yang telah bercanggah dengan dasar parti dan Islam," katanya.
Husam berdepan tindakan disiplin ekoran daripada kelantangannya mengkritik parti Islamik itu.
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata tindakan Husam mengkritik Pas telah banyak merugikan parti tersebut.
Topic Berkaitan
#Bekas naib presiden Pas Husam Musa sanggup bertemu Jawatankuasa Tatatertib Pas
#Mesyuarat Kerja Pas Pusat
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan