MENURUT analisa statistik keputusan PRK kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang berlangsung pada 18 Jun lalu, sokongan pengundi Melayu kelihatan di bahagi dua secara sama rata iaitu 50-50 (watershed) iaitu antara BN dan parti lawannya (PAS dan Amanah).

Di Kuala Kangsar, BN menerima 12,653 undi dan parti pembangkang menerima 10,567 undi, jumlah undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon pembangkang. Ini bermakna, BN mendapat 2,086 undi lebih daripada jumlah undi yang diperolehi oleh parti pembangkang. BN menang dengan majoriti 1,082 dalam PRU13 dan kini menang dengan majoriti 6,969 undi.

Walaupun calon BN di Kuala Kangsar dilaporkan menang dengan majoriti 6,969 undi, penelitian secara terperinci menunjukkan BN hanya meningkat 1,004 undi lebih kali ini berbanding dengan sokongan yang diterima pada PRU13. Undi populariti BN meningkat 3.6 % di Kuala Kangsar.

BACA: Rangkuman PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

BACA: PM ucap terima kasih atas kemenangan BN

BACA: Pengaruh Tun Mahathir tidak lagi signifikan dalam kalangan pengundi


Manakala, di Sungai Besar pula, BN menerima 16,800 undi berbanding dengan jumlah undi 14,511 undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon parti pembangkang. Walaupun BN menang dengan majoriti 9,191 undi, BN hanya memperolehi 2,289 undi lebih daripada calon pembangkang.

BN menang dengan majoriti ialitu 399 undi pada PRU13, tetapi dalam PRK kali kali ini memperolehi 2,289 undi lebih daripada parti pembangkang.I ni bermakna, BN dapat meningkatkan sokongan sebanyak 1,890 undi dalam PRK ini berbanding dengan sokongan yang diperolehi dalam PRU13. Undi polulariti BN meningkat 3.4 peratus di Sungai Besar.

Pengundi Cina beralih angin

Trend yang menarik dalam PRK ini adalah kecenderungan politik pengundi Cina yang mengalih menyokong BN. Adalah dianggarkan hampir 35 peratus pengundi Cina mengalih sokongan mereka kepada BN.

Manakala hampir 65 peratus pengundi India menyokong BN. Kadar ini jauh lebih baik berbanding dengan PRU13. Persoalannya, apakah faktor-faktor menolak dan menarik yang menyebabkan peralihan sokongan pengundi Cina dan India kepada BN?

Pada hemat saya, selain daripada faktor sifat mesra rakyat calon BN yang menarik hati pengundi Cina dan India, faktor yang utama yang mendorong pengundi bukan Melayu menyokong BN adalah faktor pengundi Cina dan India, yang sebahagian besar masih tinggal di luar bandar, mengharapkan kerajaan BN membantu mereka mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh mereka diperingkat lokal. Mereka dikesan kurang tertarik dengan retorik atau isu-isu nasional yang dijaguhkan oleh parti pembangkang. Selain itu, pendekatan inklusif yang diambil oleh jentera BN dalam usaha merayu undi telah memenangi minda dan hati pengundi bukan Melayu.

Gelombang pengundi Cina mengalih sokongan mereka kepada BN, yang meniup di Sarawak dalam PRN11, telah tiba di Semenanjung malah memberi kesan kepada pemikiran politik pengundi Cina di Semenanjung.

Pengundi Cina dikesan sudah mula menolak parti pembangkang kerana kecewa dengan kepimpinan parti-parti pembangkang yang gagal ‘deliver’ ataupun tidak menepati janji-janji mereka kepada rakyat.

Manakala, di kalangan pengundi India pula, kepimpinan DS Dr.Subramaniam, didapati mendapat sokongan hebat daripada kaum India secara amnya dan pengundi India secara khususnya.

Pembangkang bakal gulung tikar?

Kesimpulannya, sekiranya momentum sokongan pengundi bukan Melayu kepada BN dikekalkan , parti pembangkang yang menyertai Pakatan Harapan dijangka akan gulung tikar dalam PRK14!

Kesimpulannya, gelombang pengundi Cina mengalih sokongan mereka kepada BN, yang meniub di Sarawak dalam PRN11, telah tiba di Semenanjung malah memberi kesan kepada pemikiran politik pengundi Cina di Semenanjung. Pengundi Cina dikesan sudah mula menolak parti pembangkang kerana kecewa dengan kepimpinan parti-parti pembangkang yang gagal ‘deliver’ ataupun tidak menepati janji-janji mereka kepada rakyat.

Manakala, di kalangan pengundi India pula, kepimpinan DS Dr.Subramaniam, didapat mendapat sokongan hebat daripada kaum India secara amnya dan pengundi India secara khususnya.

Sekiranya momentum sokongan ini dikekalkan dikalangan pengundi bukan Melayu, parti pembangkang yang menyertai Pakatan Harapan akan gulung tikar dalam PRK14.



*M.Periasamy merupakan penganalisis politik MIC dan pensyarah komunikasi strategik di Institut Penerangan dan Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR)

**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.