Menteri Kerja Raya Baru Bian menjelaskan ketidakhadiran beliau pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-13 di Shah Alam, sudah dimaklumkan kepada pihak sekretariat parti.
Baru berkata beliau telah mengarahkan Setiausaha Politiknya Zakaria Abdul Hamid untuk berbuat demikian.
"Saya tidak dapat menghadiri kongres kerana mempunyai lawatan rasmi ke Ipoh, Perak dan di Kuantan hari ini.
"Tidak timbul isu saya memboikot kongres," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kewartawanan Lebuhraya Pantai Timur 2018 (AKLPT18) di sini, pada Isnin.
Baru berkata di Ipoh, beliau menghadiri majlis penutup Sukan Kementerian Kerja Raya dan hari ini, selain AKLPT18, beliau juga mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Wilayah Timur.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, yang memberi amaran keras kepada menteri daripada parti itu kerana gagal menghadiri kongres berkenaan.
Mengulas lanjut, Baru berkata beliau juga tidak lagi memegang jawatan penting dalam parti dan ramai perwakilan Sarawak yang hadir pada kongres itu.
"Saya hanya bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak dan tidak bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) kerana ingin memberi ruang kepada orang lain.
"Sekiranya dilantik atau dipilih, saya akan menjadi semula (Pengerusi MPN PKR Sarawak)...kalau tidak saya hanya 'orang kecil' dalam parti.
"Sebagai menteri pusat, itu lain dengan jawatan dalam politik, ia tanggungjawab saya sebagai menteri yang harus saya jalankan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 19 2018
Baru Bian (depan tiga, kiri) beramah mesra dengan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LLM, Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan (kiri) ketika Lawatan Kerja Ke Pejabat LLM Wilayah Timur dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1. - Foto BERNAMA
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Ketidakhadiran saya sudah dimaklumkan - Baru Bian
Menteri Kerja Raya Baru Bian hari ini menjelaskan ketidakhadiran beliau pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-13 di Shah Alam, sudah dimaklumkan kepada pihak sekretariat parti.