Komplot jatuhkan PM? Saya tak ambil kira - Tun Mahathir

Komplot jatuhkan PM? Saya tak ambil kira - Tun Mahathir
MAHATHIR: Saya ada dengar...
BANGKOK: Tun Dr Mahathir Mohamad akui mendengar ura-ura kononnya wujud komplot untuk menjatuhkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Enggan mengulas panjang, Dr Mahathir tidak mengambil endah berkenaan ura-ura tersebut.
“Ura-ura, saya (ada) dengar, tapi saya tak ambil kira,” itu reaksi ringkas Dr Mahathir pada sidang media bersama wakil media Malaysia di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mendakwa ada ura-ura bahawa ada pihak mahu menjatuhkan Dr Mahathir dengan menggunakan kuasa Parlimen.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan menyifatkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan komited bersama Dr Mahathir.

BACA: Tiada komplot PH mahu jatuhkan Perdana Menteri - Mukhriz Mahathir

Tag: mahathir mohamad, perdana menteri, komplot, politik malaysia, pakatan harapan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.