UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

LAPOR LANGSUNG: PRK Tanjong Datu

DUN Tanjung Datu kosong berikutan pemergian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lalu.

Astro Awani
PRK ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Rapelson Richard Hamit, Jamilah dan Johnny Aput. - Gambar fail

Jamilah Anu, calon pilihan rakyat

Sat Feb 18 2017

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu menewaskan calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit dalam pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjong Datu hari ini.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hamsein Atar di Dewan Masyarakat Lundu di sini pada pukul 8 malam.

Jamilah menang dengan majoriti 6,443 undi apabila memperoleh 6,573 undi, manakala Johnny Aput memperoleh 108 undi dan Rapelson 130 undi.

Keputusan itu juga menyaksikan kedua-dua calon PBDS Baru dan STAR hilang deposit.

PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandangnya, yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

Bagi meneruskan kesinambungan pembangunan dan kebajikan rakyat yang dilaksanakan Adenan di kawasan itu, BN meletakkan Jamilah, yang merupakan balu Adenan sebagai calon.

PRN Sarawak ke-11 Mei lalu menyaksikan Adenan, 72, memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi, yang hanya meraih 468 undi.

PKR awal-awal lagi mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini.

Majoriti lebih besar yang diperoleh Jamilah boleh disimpulkan sebagai tanda kepercayaan penduduk DUN Tanjong Datu terhadap kebolehan dan kegigihan Jamilah untuk meneruskan wawasan serta legasi yang ditinggalkan oleh arwah suaminya khusus buat penduduk tempatan.

Barisan Nasional menang majoriti di Tanjong Datu

Sat Feb 18 2017

KEPUTUSAN/RESULT - SARAWAK
N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 9,959


1. Rapelson Richard Hamit (PBDS Baru) .......... 130
2. Johnny Aput (STAR) .......................... 108
3. Datuk Amar Jamilah Anu (BN-PBB) ............. 6,573

Jumlah mengundi/Votes cast ..................... 6,891
Peratus/Percentage ............................. 69.2%
Undi rosak/Spoilt votes ........................ 80
Majoriti/Majority .............................. 6,443

Penyandang/Incumbent: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
Undi diperoleh/Votes polled: 6,360
Majoriti/Majority: 5,892

Keputusan PRK tidak rasmi

Sat Feb 18 2017

Tidak rasmi: BN menang PRK Tanjong Datu dengan majoriti lebih 6,000 undi

Semua 16 pusat mengundi PRK Tanjong Datu ditutup

Sat Feb 18 2017

Tiga lagi pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu ditutup 5 petang ini, menjadikan proses pengundian di kesemua 16 pusat pengundian selesai.

Tiga pusat pengundian terakhir yang ditutup ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Stunggang Lundu, Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua dan SK Bumiputera Lundu.

BACA ARTIKEL PENUH

PRK Tanjong Datu 'pemanas badan' menjelang PRU - SPR

Sat Feb 18 2017

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melihat Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu sebagai 'acara pemanas badan' sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata PRK itu juga adalah peluang pegawai SPR meraih lebih banyak pengalaman dalam mengendalikan pilihan raya dengan baik.

BACA ARTIKEL PENUH

Semua pusat undian ditutup

Sat Feb 18 2017

Enam belas pusat undian di Tanjong Datu ditutup.

Empat pusat undian termasuk Sekolah Kebangsaan Telok Melano, SJK (C) Chung Hwa Sarayan, SK Stoh dan Balai Raya Rambung ditutup pada jam 12 tengah hari tadi.

Sekitar jam 5 petang tadi, pusat undian yang lain ditutup. Pengiraan undi sedang dijalankan.

BERITA PENUH DI SINI

Tinjauan dari Ketua Menteri

Sat Feb 18 2017

@501Awani Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hadir meninjau pusat pengundian d SJK Chung Hua Lundu pic.twitter.com/9VYpt6jwyc

— shai (@shygodin) February 18, 2017

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah meninjau pusat mengundi

Sat Feb 18 2017

@501Awani Dato Seri Hisham Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia hadir meninjau pusat pengundian di SJK Chung Hua Lundu. pic.twitter.com/9eAunxwNmc

— shai (@shygodin) February 18, 2017

Anak Tan Sri Adenan Satem melawat pusat mengundi

Sat Feb 18 2017

@501Awani Anak kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Azizul Anuar Adenan turun melawat salah sebuah pusat pengundian PRK N3 Tanjung Datu. pic.twitter.com/ilGFHMylKJ

— shai (@shygodin) February 18, 2017

Keadaan di tempat mengundi

Sat Feb 18 2017

@501Awani sekitar salah sebuah pusat pengundian PRK N3 Tanjung Datu pic.twitter.com/o3iml2gCzm

— shai (@shygodin) February 18, 2017

Pengundian bermula

Sat Feb 18 2017

Semua 16 pusat pengundian dibuka bermula 8 pagi ini bagi pilihan raya kecil Tanjong Datu.

Tanjong Datu memilih

Fri Feb 17 2017

Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu hari ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) dan Parti Reformasi Negeri (STAR).

Sementara calon Bebas telah ditolak pencalonannya kerana tidak mengemukakan borang notis kebankrapan.

BN Sarawak yang bermesyuarat pada 1 Februari lepas telah meletakkan Datuk Amar Jamilah Anu, balu bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebagai calon pada PRK ini, manakala PKR yang turut bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas mengumumkan tidak akan turut serta dalam PRK ini.

PRN Sarawak ke-11 Mei lalu menyaksikan Adenan, 72, memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi, yang hanya meraih 468 undi.

Kira-kira 250 petugas pilihan raya dilantik untuk mengendali proses PRK yang dianggar menelan belanja RM997,919, yang mempunyai 9,959 pemilih berdaftar, terdiri daripada 9,771 pengundi biasa dan 188 pengundi awal.

Adenan meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada Januari 11 lalu.

9,771 pemilih layak mengundi pada PRK Tanjong Datu - SPR

Fri Feb 17 2017

Sebanyak 9,771 pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya kecil Tanjong Datu hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataan di sini hari ini berkata suruhanjaya itu akan menyediakan 16 pusat mengundi dan 25 saluran tempat mengundi.

BERITA PENUH DI SINI

Galeri foto: Menjelang PRK Tanjong Datu

Fri Feb 17 2017

Berikut gambar-gambar di sebalik persediaan PRK Tanjong Datu hari ini.

IMEJ DI SINI

Siapa bakal menang di Tanjong Datu?

Fri Feb 17 2017
Siapa bakal menang di Tanjong Datu?

PM Najib harap pengundi beri sokongan padu kepada Jamilah

Fri Feb 17 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu pada hari pengundian esok.

"Hari ini adalah hari terakhir untuk berkempen bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

BACA ARTIKEL DI SINI

Bapa mertua tidak setuju Rapelson bertanding PRK Tanjong Datu

Fri Feb 17 2017

Bapa mertua Rapelson Richard Hamit, calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) dalam pilihan raya kecil Tanjong Datu, berkata beliau tidak bersetuju menantunya menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu.

BACA DI SINI

162 pengundi awal PRK Tanjong Datu mengundi

Fri Feb 17 2017

Seramai 162 daripada 188 pemilih awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu mengundi di dua pusat pengundian awal sekitar sini pada 12 Februari lalu.

BERITA PENUH DI SINI

Jamilah akan jadi wakil rakyat yang baik - TPM

Fri Feb 17 2017

Calon Barisan Nasional Datuk Amar Jamilah Anu akan menjadi wakil rakyat yang amat baik untuk penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu sekiranya beliau menang pilihan raya kecil DUN itu.

Ini kerana kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau mengenali secara peribadi wanita itu yang mempunyai hati yang baik selain tukang masak yang hebat.

BERITA PENUH DI SINI

Analisis AWANI: Tanjong Datu memilih

Fri Feb 17 2017
#Adenan Satem#Barisan Nasional#PRK#Tanjong Datu
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.