Legasi kepimpinan cemerlang Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu akan diteruskan dan ditambah baik dengan pelbagai rancangan baharu, kata balunya Datuk Amar Jamilah Anu pada persidangan DUN Sarawak hari ini.
Beliau berkata semua perancangan Ketua Menteri Sarawak Kelima di kawasan Tanjong Datu semasa hayatnya akan diteruskan selain beliau berusaha melaksanakan rancangan baharu untuk pembangunan di kawasan berkenaan.
Jamilah, yang memenangi kerusi DUN Tanjong Datu pada pilihan raya kecil Februari lepas susulan kematian Adenan pada 11 Jan lalu akibat komplikasi jantung, berkata demikian dalam sesi perbahasan usul penghargaan terhadap ucapan Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak pada kemunculan sulungnya di persidangan DUN Sarawak di sini.
Pada satu ketika, dalam nada yang sebak, Jamilah berkata ketokohan Allahyarham membangunkan Tanjung Datu dan Sarawak secara keseluruhannya memang diakui ramai sebagai amat sukar ditandingi.
Jamilah juga memberitahu bahawa beliau faham mengenai tanggungjawab besar yang dipikulnya untuk meneruskan legasi Allahyarham.
Sehubungan itu, beliau tekad memberi tumpuan kepada bidang pendidikan dan memastikan setiap keluarga di Tanjung Datu mempunyai sekurang-kurangnya seorang anggota keluarga yang memiliki sekurang-kurangnya kelulusan diploma.
Bidang pendidikan
Sambil menyatakan tentang pentingnya usaha memajukan bidang pendidikan bagi pembangunan mantap negeri, beliau turut memuji langkah Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang mewujudkan portfolio pendidikan dalam Kabinet Sarawak baru-baru ini.
Jamilah juga memuji usaha kerajaan Persekutuan membangunkan projek mega Lebuhraya Pan Borneo, khususnya laluan sepanjang 33 km yang menghubungkan kawasan Teluk Melano dengan Sematan, yang menurutnya akan mengubah landskap pembangunan di kawasan Tanjong Datu.
Beliau turut mengingatkan beberapa isu yang menurutnya perlu diambil kira yang berkaitan dengan pembangunan lebuh raya itu seperti pemeliharaan alam sekitar, dan aspek kawalan keselamatan, khususnya di kawasan yang berhampiran dengan sempadan negara.
Jamilah juga berkata janji-janji para pemimpin Persekutuan dan Negeri semasa berkempen PRK di kawasan itu haruslah dikotakan sebelum pilihan raya umum diadakan.
- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2017
Jamilah juga memberitahu bahawa beliau faham mengenai tanggungjawab besar yang dipikulnya untuk meneruskan legasi Allahyarham.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
PRN Sarawak: CENTEXS Lundu manifestasi impian Allahyarham Tok Nan - Isteri
Datuk Amar Jamilah Anu dalam nada sedikit sebak berkata, beliau sedih kerana Allahyarham suaminya itu tidak berkesempatan melihat sendiri impiannya direalisasikan.
Legasi kepimpinan Adenan Satem di Tanjong Datu diteruskan - Jamilah
Jamilah berkata ketokohan Allahyarham membangunkan Tanjung Datu dan Sarawak secara keseluruhannya amat sukar ditandingi.