awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memang ada pemimpin PKR datang bincang - Presiden Gerakan

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2019
04:25 MYT
Memang ada pemimpin PKR datang bincang - Presiden Gerakan
Tegas Dominic pihaknya mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu menyertai Gerakan jika boleh menerima prinsip perjuangan parti tersebut.
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau mengakui terdapat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menemuinya untuk berbincang tentang penyertaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke dalam parti pimpinan beliau.
Menurut Dominic, perbincangan tentang perkara itu dilakukan sebelum tersebarnya video aksi intim yang dikaitkan dengan Azmin.
Beliau juga menjelaskan selepas tersebarnya video tersebut, perbincangan tentang penyertaan Azmin ke dalam Gerakan masih berjalan.
“Bukan hanya pemimpin PKR tetapi terdapat juga pemimpin-pemimpin NGO yang berbincang tentang Azmin menyertai Gerakan,” kata pada sidang media hari ini.
Bagaimanapun Dominic enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
BACA: Selepas Bersatu, Azmin didakwa akan sertai Gerakan pula
Tegas Dominic pihaknya mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu menyertai Gerakan jika boleh menerima prinsip perjuangan parti tersebut.
“Saya ingin nyatakan bahawa Gerakan merupakan sebuah parti berbilang kaum dan kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu menyertai Gerakan dengan syarat boleh menerima prinsip perjuangan kami,” katanya lagi.
Ditanya adakah perbincangan dengan wakil Azmin melibatkan tawaran jawatan tertentu dalam parti itu, Dominic menjelaskan ia belum ke tahap tersebut.
“Borang pun belum terima macam mana mahu bincang jawatan,” katanya.
Pada Khamis, cakap-cakap mengenai kemungkinan Azmin akan menyertai Gerakan mula tersebar.
Sebelum itu, Setiausaha Politik Azmin, Hilman Idham menafikan khabar angin bahawa Ahli Parlimen Gombak itu bakal meninggalkan PKR dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Bersatu
#Dominic Lau
#GERAKAN
#Malaysia
#NGO
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan