KEDUA-DUA calon Barisan Nasional (BN) sudah memberi tahu kepada pengundi apakah azam dan apa yang akan dilakukan mereka jika diberi peluang mewakili Parlimen masing-masing.
Di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menetapkan tiga perkara penting iaitu '1 Keluarga 1 Mahasiswa', meningkatkan taraf ekonomi dan memperkenalkan Sungai Besar sebagai hub ekopelancongan.
Sementara di Kuala Kangsar, lima agenda Datin Mastura Mohd Yazid adalah menaiktaraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) kepada universiti awam, menyegerakan kelulusan projek jambatan Manong dan memohon kelulusan projek membesar serta melebarkan jalan Manong-Kuala Kangsar.
Selain itu, dua agenda lain ialah menaik taraf Hospital Kuala Kangsar kepada hospital pakar dan membangunkan semula lembah dan tebing Sungai Perak sebagai pusat pelancongan.
Jika dilihat kedudukan kedua-dua Parlimen ini, sungai dan hasil bumi jelas menjadi tarikan kepada calon-calon ini untuk mengemukakan keupayaan mereka dalam merancang mengenai aspek tambah nilai di kawasan masing-masing.
Secara terperinci di Sekinchan, ia lebih kepada pembangunan sektor pertanian dalam produk kelapa sawit dan padi menjadi salah satu punca pendapatan utama penduduk selain tidak dilupa pendapatan dari hasil laut.
BACA: PRK: Adab berkempen di bulan Ramadan
Jadi apa yang mahu disampaikan calon Sungai Besar ini adalah bagaimana kedua-dua sumber ini dilihat sebagai hasil asli yang boleh diberi nafas yang lebih bermakna agar penduduk melihatnya dari unsur kelestarian sekali gus boleh menjana pendapatan.
Anak kampung
Kita lihat sebagai anak kampung yang mahu mengekalkan suasana kekampungan dan benar-benar mengetahui citarasa kampung, Budiman tidak bercadang langsung untuk membina pembangunan bandar baharu atau pembangunan bersifat industri baru di kawasan itu.
Kalau dilihat apabila Budiman menetapkan konsep '1 Keluarga 1 Mahasiswa', ternyata calon BN ini sudah memikirkan tentang modal insan adalah segala-galanya bagi kawasan Parlimen yang diharap menang itu.
Ia selari dengan iltizam atau keazamannya yang disampaikan di dalam satu ikrar yang disebut sebagai 'Ikrar Budiman'.
Maka ternyata isi hatinya, jelas pendiriannya dan hala tuju Budiman telah diterjemahkan dalam bentuk jelas untuk pengundi sendiri membuat penilaian.
Ia seharusnya tidak lari dengan citarasa penduduk tempatan dalam memilih wakil mereka dalah merealisasikan harapan untuk hari-hari mendatang.
Di Kuala Kangsar pula, umum mengetahui ia merupakan sebuah Bandar di Raja dan di sini ternyata sebuah pusat yang menjadi tarikan bukan sahaja kepada orang tempatan tetapi pelancong yang datang melawat Perak.
Apa yang ditumpukan Mastura adalah soal mempertingkatkan dan menjadikan hospital yang selama ini banyak memberi kemudahan kepada penduduk sekitar kepada hospital pakar kerana mungkin ianya bakal menjadi 'satelit' kepada Hospital Besar Ipoh.
Jambatan yang dimaksudkan Mastura pula merupakan platform yang boleh menjana keselesaan dalam urusan perniagaan atau hubungan dan paling menarik adalah penggunaan sungai sebagai produk pelancongan yang hampir sama konsepnya dengan mana-mana sungai istimewa seperti di Kuching, Sarawak, Kuantan, Pahang atau mana-mana negeri di sekitar bandar.
Apa yang Mastura mahu lakukan dilihat sebagai kehendak yang telah dirancang oleh arwah suaminya yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pemgundi yang memilihnya sebelum ini.
Jadi apa yang Mastura lakukan adalah menyelesaikan apa yang belum selesai sebelum ini.
Dalam menyatakan harapan dan hasrat orang Kuala Kangsar, Mastura perlu dilihat memiliki keupayaan dan mampu menyempurnakan apa yang masih belum selesai.
Buang prasangka
Sehubungan itu, rakyat harus mengetepikan isu-isu atau prasangka remeh dan perlu melihat perkara-perkara yang dibangkitkan Mastura sebagai benda yang boleh menjadi kenyataan atau sebaliknya.
Sebagai rumusannya kalau dilihat, kedua-dua calon BN ini dengan jelas menjadikan harapan dan ikrar ini sebagai pedoman utama dan sebagai satu rujukan untuk dinilai selain signal jelas sudah bersedia untuk melaksanakan tugas.
Pada waktu sama, setelah lima hari berkempen, ternyata kita menunggu apakah pula 'Aku janji' atau apa pembaharuan yang lebih istimewa yang akan dikemukakan pihak yang mahu diberi peluang iaitu PAS, PAN serta Bebas.
Rakyat pula perlu menunggu dan meneliti, bagaimana mereka dapat memberi satu nafas yang lebih hebat citarasanya atau disebut sesuatu yang merangsangkan rakyat atau pengundi untuk memilih mereka pada PRK kali ini.
Mungkin dalam tempoh seminggu lagi, rakyat berpeluang bertanya dan mendengar huraian atau pencerahan perkara yang dapat dimanfaatkan pengundi di kedua-dua tempat supaya mereka dapat membuat penilaian yang tidak bertunjangkan emosi.
Atau sebenarnya hanya calon BN yang bersedia menjadi wakil rakyat dan memberi khidmat terbaik kepada pengundi di kedua-dua Parlimen.
Sementara calon-calon lain terus memberi bayangan mimpi indah yang boleh bertukar menjadi mimpi ngeri jika pengundi tersilap langkah dan memberi undi kepada mereka pada 18 Jun ini.
Wan Syamsul Amly
Fri Jun 10 2016
Perspektif: Menilai 'Ikrar Budiman' dan 'Agenda Mastura' - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Klimaks awal buat Amanah dan PAS
SEHINGGA hari ini, kempen PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah hampir di penghujung dan ternyata semua calon-calon sudah mengambil peluang masing-masing untuk memperkenalkan diri.
Menilai 'Ikrar Budiman' dan 'Agenda Mastura'
KEDUA-DUA calon Barisan Nasional (BN) sudah memberi tahu kepada pengundi apakah azam dan apa yang akan dilakukan mereka jika diberi peluang mewakili Parlimen masing-masing.