awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Majlis Presiden PH, Anwar 'kunci mulut'

Hilmi Malik
Hilmi Malik
28/02/2020
12:40 MYT
Mesyuarat Majlis Presiden PH, Anwar 'kunci mulut'
Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengunci mulut sebaik sahaja ditanya berhubung intipati mesyuarat mereka pada Jumaat. - Gambar fail
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung lebih tiga jam di Hotel Eastin pada Jumaat menyaksikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengunci mulut sebaik sahaja ditanya berhubung intipati mesyuarat mereka pada Jumaat.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Port Dickson itu hanya sekadar mempamerkan reaksi senyuman apabila ditanya berhubung perkara itu.
Terdahulu, beberapa pimpinan parti Pakatan Harapan turut ditemui media antaranya, Lim Kit Siang, Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun rata-rata mereka menunjukkan reaksi sama.
BACA: Muhyiddin dahului Anwar sebagai PM-8
BACA: Anwar ada sokongan majoriti jadi PM - PH
Pakatan Harapan dalam satu kenyataannya pada Jumaat berkata, mereka yakin terhadap sokongan majoriti terhadap Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-8.
Namun buat masa ini difahamkan, seramai 39 ahli Parlimen UMNO dan 19 daripada Pas selaku gabungan Muafakat Nasional bersetuju mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.
Perkara itu dinyatakan menerusi satu kenyataan yang ditandatangai oleh Setiausaha Agung kedua-dua parti iaitu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan.
Terdahulu Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak menunjukkan sebarang reaksi berhubung situasi politik negara ketika ditemui di luar dewan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kunci mulut
#Mahathir Mohamad
#Majlis Mesyuarat PH
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan