awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPT Bersatu sokong Muhyiddin sebagai pemangku Pengerusi dan Perdana Menteri

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2020
03:26 MYT
MPT Bersatu sokong Muhyiddin sebagai pemangku Pengerusi dan Perdana Menteri
Hamzah juga berkata, keputusan Bersatu keluar dari PH adalah sah menurut perlembagaan parti dan telah dimuktamadkan pada mesyuarat MPT bertarikh 23 Feb 2020. - Gambar fail
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung malam tadi bersetuju mengiktiraf Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemangku Pengerusi parti itu.
Setiausaha Agung parti Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengiktirafan itu selaras Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu.
Jelasnya, klausa itu terpakai susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti itu pada 24 Februari lalu.
Dalam pada itu, Hamzah berkata, MPT juga bersetuju menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas dilantik Yang Dipertuan Agong berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
“Selain daripada itu, mesyuarat MPT juga mengesahkan bahawa keputusan untuk Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) telah dimuktamadkan pada mesyuarat MPT bertarikh 23 Feb 2020.
"Dan, pengumuman rasmi yang dibuat Muhyiddin selaku pemangku Pengerusi pada 24 Februari adalah sah dan teratur,” katanya lagi.
Dalam kenyataan itu, Hamzah turut memaklumkan, keputusan Bersatu keluar dari PH adalah sah dan telah dimuktamadkan pada mesyuarat MPT bertarikh 23 Feb 2020.
BACA: Mesyuarat MPT Bersatu: Muhyiddin, ahli MPT tiba di PAUM
BACA: Mesyuarat MPT Bersatu: Empat MPT protes, tinggalkan mesyuarat lebih awal
BACA: Semua perbincangan MPT Bersatu akan didedahkan Jumaat - Hamzah
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Hamzah Zainuddin
#Mahathir Mohamad
#mesyuarat
#MPT
#Muhyiddin Yassin
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Perlembagaan
#perlembagaan parti
#Perlembagaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan