awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"MT UMNO wajar pertimbang kedudukan Zahid" - Ku Li

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
17/10/2018
09:49 MYT
"MT UMNO wajar pertimbang kedudukan Zahid" - Ku Li
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau bagaimanapun percaya isu ini tidak akan mencacatkan kedudukan parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO wajar mempertimbangkan semua aspek yang berkemungkinan timbul selepas presiden parti itu diberikan notis serah diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada esok, kata ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau bagaimanapun percaya isu ini tidak akan mencacatkan kedudukan parti itu.
"Itu kena buat (bincang kedudukan), Majlis Tertinggi (MT) UMNO wajar menimbang perkara yang mungkin timbul dari tindakan SPRM.
“Sebagai ahli, barangkali saya tidak layak memberi komen, tapi saya percaya ia tidak akan mencacatkan kedudukan UMNO. Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi esok,” kata beliau di Lobi Parlimen pada Rabu.
BACA: Zahid terima notis serah diri dari SPRM
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kedudukan Datuk Seri Zahid sebagai Presiden UMNO perlu dipertimbangkan sekiranya beliau ditahan, esok.
Presiden UMNO itu telah diberikan notis berkenaan sekitar jam 1.45 tengah hari tadi dan beliau diminta untuk hadir ke SPRM pada jam 3 petang esok.
Perkara ini disahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dalam satu kenyataan.
Sementara itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perbincangan dalam kalangan Majlis Tertinggi UMNO hanya akan dibuat selepas mendapat pengesahan SPRM.
Jelasnya, setakat ini pihaknya masih belum mendapat kepastian tentang notis serah diri dari SPRM dan juga dari Zahid.
“Kita lihat apa yang berlaku pada esok, selepas dapat pengesahan itu, Majlis Tertinggi UMNO akan berbincang dan buat keputusan,” kata Mahdzir ketika ditanya kedudukan Zahid jika tangkapan berlaku pada esok.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#Lokman Noor Adam
#majlis tertinggi
#Malaysia
#Parlimen
#presiden
#Presiden UMNO
#Rasuah
#SPRM
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan