Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpendapat penyertaan parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) adalah langkah penting untuk menjayakan aspirasi Perikatan Nasional (PN), iaitu gabungan politik merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Ahli MPT Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil menjelaskan, MN ideal untuk mendapatkan sokongan kawasan Semenanjung yang didominasi pengundi Melayu, namun perlu ada gabungan yang lebih menyeluruh iaitu PN.
Katanya, ia bagi memastikan keseluruhan Malaysia diambil kira dalam urusan pembangunan negara.
“Jadi akhirnya MPT mencapai satu conclusion (rumusan) kita akan berada di dalam. Maksudnya kita dari segi semangat, kita akan bersama Muafakat Nasional (MN) untuk menjayakan Perikatan Nasional (PN). Kerana Muafakat Nasional ni bagi kita macam preliminary untuk menjadikan menjayakan perikatan.
“Muafakat Nasional... bukannya satu gabungan yang ultimately. Bukannya satu gabungan yang maknanya paling akhir,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Baru-baru ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengumumkan UMNO tidak akan menyertai sebarang usaha untuk menubuhkan PN.
Selain itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu telah menzahirkan hasrat untuk menyertai MN.
BACA: Bersatu zahir hasrat sertai Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
BACA: Muafakat Nasional hulur pelawaan rasmi kepada Bersatu - Annuar
BACA: Ikhlas, jujur: Zahid beri 'bayangan' nilai semula perkongsian
Mengulas lanjut, Wan Mohd Shahrir berpendapat, pandangan Ahmad Zahid tidak mencermin pendirian PAS sendiri.
“Kerana dia tak boleh cakap bagi pihak PAS. PAS belum cakap apa-apa lagi. Jadi, maksudnya dia lebih nak memperkasakan Muafakat Nasional dan tak perlu tubuh perikatan.
"Tapi hujah yang kami berikan bahawa, Muafakat Nasional adalah semenanjung affairs. How are we going to tackle Borneo affairs? Maknanya melalui Perikatan Nasional,” katanya lagi.
Wan Mohd Shahrir, yang juga Pengerusi Bersatu Pahang berkata lanjut, UMNO dilihat seolah-olah masih cuba menjadi ‘abang besar’ dalam sebarang gabungan politik, termasuk dalam usaha menjayakan gabungan baharu.
"Sedang Bersatu dan mungkin juga pendirian Pas, mereka lebih cenderung untuk mempunyai kata yang sama, atau bahasa mudahnya ‘equal partner’.
“Bahawasanya, UMNO sebuah parti yang tak pernah berunding. Ini adalah pengalaman pertama mereka untuk belajar berunding kerusi (sejak kekalahan di PRU-14 lepas).
“Jadi mereka tak boleh nak mengatakan mereka kuat macam dulu, yang mereka tak perlu perundingan langsung, dia lawan seorang sahaja dia boleh menang. Jadi mereka dah sedar tak boleh menang bersendirian, tetapi tabiat mereka nak jadi abang besar itu tetap ada,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Aug 01 2020
Muafakat Nasional ideal untuk mendapatkan sokongan kawasan Semenanjung yang didominasi pengundi Melayu.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.