awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nak laksana hudud, PAS perlu bentuk kerajaan pusat - Mat Sabu

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2015
09:17 MYT
Nak laksana hudud, PAS perlu bentuk kerajaan pusat - Mat Sabu
MOHAMAD SABU: Nak laksana hudud, PAS perlu bentuk kerajaan pusat. - Gambar Fail
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan untuk melaksanakan hudud, PAS perlu memperolehi kemenangan dan mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan.
Katanya, hanya dengan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, PAS mampu untuk berkuasa dan meminda perlembagaan untuk melaksanakan hudud.
"Orang yang mengatakan kita kalah tak apa asalkan kita dapat laksanakan hudud itu semua tidak betul.
"Kita mesti dapat kuasa nak dapat kuasa dengan Pakatan Rakyat dan kita mesti berusaha supaya dasar kita tidak berubah, dihormati.
"Inilah perlu kita rangka sama ada peringkat negeri atau pusat, kita tidak mahu korban mana satu, kita mahu kemenangan, kita mahu juga dasar kita terus terpelihara.
"Islam akhirnya yang paling tinggi tercatit dalam perlembangaan kita dan terlaksana di Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan konvensyen PAS Perak di Sri Iskandar pada Ahad.
BACA: Hudud, putus hubungan dengan Abdul Hadi beri kesan buruk kepada PAS - Mat Sabu
BACA: Tanggungjawab dalam Islam punca PAS masih 'marah' dengan DAP - Hadi Awang
BACA: PAS tetap berusaha laksana hudud walaupun ditentang DAP - Hadi Awang
Mohamad berkata sejarah parti itu menunjukkan kejayaan menguasai dan meminda perlembagaan di Kelantan dan Terengganu adalah disebabkan kerjasama dengan parti yang lain.
Beliau juga menegaskan tahaluf siyasi yang dijalinkan antara PAS dengan DAP dan PKR telah menunjukkan keberkesanan pada 2008 apabila berjaya menguasai lima negeri.
Katanya, tanpa kerjasama erat antara ketiga parti yang membentuk gabungan tersebut, kejayaan dan keberkesanan tidak akan tercapai.
Justeru beliau memberitahu, kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat perlu saling menghormati dasar parti masing-masing dan PAS tetap akan terus memperjuangkan dasarnya.
Topic Berkaitan
#hudud
#Mohamad Sabu
#Pakatan Rakyat
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan