awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Machado yakin bakal jadi Presiden Venezuela "apabila tiba masanya"
Ahmad Zahid, beberapa menteri ajak umat Islam hayati peristiwa Israk Mikraj
JKKP N. Sembilan siasat lanjut insiden kebocoran gas amonia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Notis pembubaran DUN Sarawak akan dihantar kepada SPR hari ini - Speaker

Nooraida Abdul Kassim
Nooraida Abdul Kassim
01/04/2016
04:31 MYT
Notis pembubaran DUN Sarawak akan dihantar kepada SPR hari ini - Speaker
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar memaklumkan, notis terbabit telah difaksimili pagi tadi. - Gambar fail
Notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan berkuatkuasa pada 11 April 2016 akan datang akan diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini juga.
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar memaklumkan, notis terbabit telah difaksimili pagi tadi dan akan dihantar menggunakan perkhidmatan kurier hari ini juga.
"Pagi ini saya telah menghantar notis pembubaran DUN Sarawak melalui faks dan salinan asal melalui Pos Laju (kurier).
"Selepas ini keputusan untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi terserah kepada SPR sebagai tindakan lanjut," katanya.
Notis itu telah ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, pada Khamis.
SPR mempunyai kuasa untuk mengumumkan tarikh bagi hari penamaan calon dan tarikh bagi mengundi disamping menguruskan hal-hal berkaitan mengendalikan pilihan raya.
Pada Khamis, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dalam satu sidang media telah mengumumkan pembubaran DUN Sarawak yang berkuatkuasa pada 11 April 2016.
Topic Berkaitan
#Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar
#Ketua Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem
#Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak
#PilihanRayaSarawak
#Speaker
#Tun Abdul Taib Mahmud
#Yang Dipertua Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan