Muktamar Tahunan Pas ke-64 membuka tirainya pada Khamis dengan menawarkan politik moden dan strategi perang eksklusif kepada parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Muktamar kali ini sudah dijangka akan menjadi medan perbincangan halu tuju Pas menghadapi PRU15 dengan sasaran utama untuk bekerjasama dengan UMNO sebagai pembangkang.
Nada sama disuarakan pimpinan dan perwakilan daripada Muktamar Dewan Ulama Pas ke- 57 dan Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-59 yang mula bersidang pada Khamis.
Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin, dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama, berkata UMNO hadir kepada Pas dalam keadaan lemah selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Dewan Pemudanya, Muhd Khalil Abdul Hadi pula melahirkan kepercayaan dan strategi perang berasaskan penekanan khusus kepada politik anak muda perlu diambil kira jika parti ingin menguasai pentas politik pada PRU15.
Penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia, Dr Syed Agil Syed Alsagoff melihat Pas tidak boleh bergerak sendirian bagi memenuhi matlamat perjuangan politiknya.
Pas memerlukan rakan parti politik yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan agenda politik yang lebih besar dan bersedia untuk memimpin negara sekiranya mendapat sokongan daripada rakyat nanti, katanya.
Beliau berkata, agenda memperjuangkan syiar Islam yang diwarwarkan memperlihatkan perlu adanya suatu persepakatan yang kukuh dalam hal ini, iaitu Pas harus bekerjasama dengan UMNO di bawah satu bumbung gagasan politik baharu bagi merealisasikan impian dan hasratnya.
"Bukan setakat itu sahaja, Pas harus juga harus belajar menerima dan berkongsi agenda politik dengan parti lain yang juga sebahagian daripada BN seperti MCA dan MIC bagi menguatkan barisan kepemimpinan pembangkang pada hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengulas lanjut, pakar geostrategis daripada Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan pula mengingatkan setiap tindak tanduk kerajaan negeri pimpinan Pas iaitu di Kelantan dan Terengganu perlu selari dengan kehendak Islam dan berusaha mempertingkat martabat Islam.
"Dengan cara ini lebih mudah bagi UMNO berada bersama dan pertahan tindakan Pas. Bagi UMNO pula yang mempunyai Perlis dan Pahang perlu juga seiring dengan Pas dalam pertahan agama dan bangsa.
"Dengan pentadbiran empat negeri ini maka keyakinan dapat dipamerkan kepada rakyat bahawa kerjasama bukan hanya untuk kepentingan politik tetapi juga untuk kepentingan rakyat dan negara," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Sep 13 2018
Hashim (tiga, kanan) dan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad (tiga, kiri) bersama kepemimpinan ulama ketika hadir pada perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-57 di Kuala Terengganu pada Khamis. - BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Pas maafkan UMNO demi agama - Mursyidul Am
PAS memaafkan UMNO berhubung segala keterlanjuran parti itu yang terdahulu, demi agama Islam dan kesatuan ummah.
Pas tawar politik moden, strategi perang eksklusif hadapi PRU15
Muktamar Tahunan Pas ke-64 membuka tirainya pada Khamis dengan menawarkan politik moden dan strategi perang eksklusif kepada parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.