awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemecatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap AMK tidak jejas PKR - Fahmi

Fareez Azman
Fareez Azman
29/11/2019
05:36 MYT
Pemecatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap AMK tidak jejas PKR - Fahmi
Fahmi (kanan) alam sidang media Kongres Nasional PKR 2019 di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Jumaat. - Astro AWANI/Fareez Azman
Pengerusi Tetap Ketua Pemuda PKR (AMK), Mizan Adli Mohd Noor dan Timbalannya, Mohd Ramly Ahmad yang dipecat daripada jawatan tidak akan menjejaskan PKR.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, sayap parti itu tidak tertakluk kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
“Ia tidak melibatkan badan utama PKR. Jadi mengikut pandangan pimpinan, ia tidak menjejaskan walau satu perkara pun.
“Kalau kita lihat pendaftaran keadilan dan cabang itu yang ada pihak RoS bukan AMK dan wanita tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS)," katanya.
Ujar Fahmi, beliau percaya isu berkenaan akan diselesaikan dalam kongres nasional itu.
“Sekiranya dimaklumkan setiausaha, isu pertama kongres AMK adalah pengerusi tetap selain kehadiran. Saya jangka itu akan menjadi perkara pertama akan diselesaikan,” ujar Fahmi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Kongres Nasional PKR 2019 di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Jumaat.
Pemuda PKR (AMK) semalam melucutkan jawatan pengerusi tetapnya, Mizan Adli Mohd Noor dan timbalan pengerusi tetap Mohd Ramly Ahmad dari jawatan masing-masing.
Keputusan dibuat selepas mendapati terdapat beberapa peraturan yang tidak dipatuhi ketika pemilihan Kongres Nasional Tahunan AMK 2018.
BACA: Mizan Adli kekal sah Pengerusi Tetap AMK - Muhammad Hilman
Topic Berkaitan
#AMK
#Fahmi Fadzil
#ketua pemuda PKR
#Mizan Adli Mohd Noor
#PKR
#ros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan