awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Spice N Ice akui Astro BizOne tingkat nilai pengalaman
Kerajaan Trump akan terus ganti tarif timbal balas jika Mahkamah Agung tolak - USTR
OpenAI sahkan peranti AI pertama bakal diperkenal pertengahan kedua 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan Amanah: Ikram tidak kuasai Amanah - Mat Sabu

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
17/09/2019
07:00 MYT
Pemilihan Amanah: Ikram tidak kuasai Amanah - Mat Sabu
Mohamad berkata, jika terdapat pihak yang dilihat cuba menguasai Amanah ia hanyalah fenomena sementara bagi sebuah parti baru.- Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menafikan dakwaan bahawa anggota Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) yang menyertai Amanah cuba menguasai parti berkenaan melalui pemilihan parti.
Menurut Mohamad, apa yang berlaku hanyalah ahli-ahli memilih pemimpin yang mereka kenali dan kebetulan individu itu merupakan anggota Ikram.
Mohamad juga menjelaskan sebagai parti baharu, Amanah mengalu-alukan penyertaan ahli dari mana-mana parti dan pertubuhan bukan kerajaan.
Katanya, jika terdapat pihak yang dilihat cuba menguasai Amanah ia hanyalah fenomena sementara bagi sebuah parti baru.
"Bagi saya tak adalah mereka (anggota Ikram) mahu menguasai Amanah, tapi itu yang saya katakan, orang yang mereka (ahli Amanah) kenali mereka pilih.
"Yang mereka kenali sudah tentu lah daripada orang yang lebih rapat dengan mereka, nak menguasai tu saya tak nampaklah setakat ni," katanya kepada Astro AWANI dalam satu temubual khas baru-baru ini.
BACA: Pemilihan Amanah: Pilih berdasarkan merit bukan cai - Mat Sabu
Ikram merupakan sebuah pertubuhan yang disertai oleh golongan profesional dimana mereka gigih menjalankan kerja-kerja dakwah, kebajikan dan kemanusiaan.
Beberapa pemimpin kanan Ikram menyertai Amanah selepas parti itu ditubuhkan empat tahun lalu dan selepas pemilihan di peringkat kawasan Ogos lalu, beberapa pemimpin pertubuhan telah memenanginya.
Topic Berkaitan
#Amanah
#IKRAM
#Mohamad Sabu
#Parti Amanah Negara
#pemilihan
#Pertubuhan IKRAM Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan