Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu pemimpin dan jentera Pakatan Harapan (PH)-Parti Warisan Sabah (Warisan) memberi komitmen penuh untuk terus mendekati rakyat bagi memperjelaskan isu semasa supaya rakyat lebih memahami setiap perkara berkaitan sekali gus memberi keyakinan kepada kerajaan pemerintah.
Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan berkata langkah itu perlu dilakukan secara berterusan meskipun selepas pilihan raya kerana ia penting bagi memastikan pengundi terus memberi sokongan kepada kerajaan.
"Walaupun selepas pilihan raya, kita perlu selalu mendampingi rakyat dan menjelaskan isu tertentu termasuk mengenai keterbatasan kerajaan melaksanakan usaha memberi ruang pekerjaan dan perniagaan.
"Bukan semudah itu kita lakukan (perubahan) kerana kita kena sedar bahawa apa dialami hari ini dari segi kemerosotan ekonomi dan tanggungan kerugian hutang banyak bukan disebabkan kerajaan sekarang tetapi kerajaan terdahulu.
"Justeru, kita perlu terus mendampingi rakyat serta menjelaskan kepada mereka mengenai isu ini dan saya yakin jika kita melakukan pendekatan ini, pengundi InsyaAllah (berpihak kepada PH-Warisan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kraf Tekstil Borneo 2019 di sini, pada Ahad.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.
Mohd Shafie berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kekalahan PH kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam, dan apakah pendekatan dilakukan PH-Warisan bagi memastikan kemenangan pada PRK Parlimen Sandakan, 11 Mei ini.
Beliau berkata momentum pengundi di setiap kawasan di Sabah dan Semenanjung pastinya berbeza, namun, jentera PH-Warisan akan memastikan pendekatan kempen pilihan raya bagi PRK Sandakan adalah dekat dihati pengundi di kawasan itu.
"Ini perlu kita sesuaikan pendekatan untuk membolehkan citarasa (pengundi) itu dapat diselaraskan... bukan mudah tetapi kita akan berusaha (bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PH-Warisan)," katanya.
Mengulas lanjut mengenai PRK Sandakan, Mohd Shafie berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung perkara itu memandangkan ia adalah kerusi DAP, dan calon dipilih akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Terdahulu, Mohd Shafie ketika berucap, berkata usahawan kraf tekstil tempatan perlu meningkatkan lagi keupayaan pengeluaran produk mereka sebagai usaha memenuhi permintaan tinggi dalam pasaran selain memastikan produk mereka berkembang ke peringkat antarabangsa.
Produk kraf tekstil tempatan sememangnya bagus dan mempunyai kualiti tinggi, katanya.
Bernama
Sun Apr 14 2019
MOHD SHAFIE: Walaupun selepas pilihan raya, kita perlu selalu mendampingi rakyat dan menjelaskan isu tertentu.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Pemimpin, jentera PH-Warisan perlu terus dekati rakyat perjelas isu semasa
Mohd Shafie berkata langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan pengundi terus memberi sokongan kepada kerajaan.