Kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah sedia isytihar harta kerana ia sesuatu yang diinginkan rakyat.

Kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong, rakyat sudah trauma dengan isu rasuah dalam kalangan pemimpin sebelum ini.

Disebabkan itu, banyak cadangan dikemukakan agar pemimpin isytihar harta, katanya.

"Kalau kita di Sabah, saya rasa ia (isytihar harta) tiada masalah kerana ia dilihat sebagai satu keperluan.

"Bagi kita pimpinan, kita tiada halangan kalau itu untuk kebaikan semua. Ia juga satu pencegahan yang baik," katanya dalam sidang media sempena Majlis Pecah Tanah Tapak Cadangan Pejabat Daerah Kecil Sukau, di Sukau, pada Ahad.

Pada 1 Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul Ahli Parlimen isytihar harta.

Bagaimanapun, sejurus diluluskan, isu itu hangat diperkatakan dalam kalangan pemimpin.

Ada yang tidak bersetuju dan berpendapat ia tidak perlu, namun ramai juga pemimpin yang bersedia mengisytihar harta pada bila-bila masa.

BACA: Jangan 'tunggang' agama, kata Mujahid kepada Hadi Awang

BACA: Isytihar harta: Pas nafi 'perkuda' agama

BACA: Tak setuju isytihar harta: "Kita ada pendapatan lain" - Najib