awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New York isytihar darurat berikutan ribut kuat musim sejuk
Rusia serang pelabuhan Laut Hitam Ukraine, dua kapal dagang turut jadi sasaran
Bangladesh kenang Khaleda Zia sebagai pejuang bersemangat waja, pelindung negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralihan kuasa: 'Sementara ini saya kena sabar' - Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/02/2020
16:43 MYT
Peralihan kuasa: 'Sementara ini saya kena sabar' - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan partinya akur dengan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan selepas APEC. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan partinya akur dengan keputusan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan selepas Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Katanya, pendirian parti adalah jelas untuk memberikan sokongan kepada Perdana Menteri menjalankan tugas sehingga tempoh yang dipersetujui.
“Tidak ada keraguan komitmen kita untuk memastikan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dapat menjalankan tugas dengan dokongan yang penuh, itu tanpa soal.
“Kemudian, perbincangan tentang berikut, saya sendiri serah supaya Tun Mahathir diberi peluang mentadbir dan kemudian beliau tetapkan masa yang sesuai.
BACA: Peralihan kuasa: Terpulang pada saya untuk melepaskan ataupun tidak - Tun M
“Jadi, sementara itu saya kena sabar,” katanya pada sidang media di sini, malam ini.
Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita mengenai keputusan Dr Mahathir untuk tidak menetapkan tarikh dan masa bagi peralihan kuasa Perdana Menteri.
Sebaliknya, Dr Mahathir menegaskan hanya akan berbuat demikian sebaik selesai penganjuran APEC.
Terdahulu, mesyuarat Majlis Presiden PH berlangsung hampir tiga jam sebelum selesai pada sekitar 12 tengah malam.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#APEC
#Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
#Mahathir Mohamad
#peralihan kuasa
#Perdana Menteri
#Presiden PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan