KASIH sayang seorang pemimpin kepada masyarakatnya adalah hubungan erat dua hala yang membawa kepada keharmonian sesebuah kerajaan.
Ia bertindak sebagai medium atau platform yang menjadi teras keharmonian serta perpaduan sesebuah komuniti.
Memetik kata-kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin yang memperkenalkan fenomena kesepaduan sosial di Malaysia dalam kajiannya pernah menjelaskan satu ketika dahulu bahawa hubungan kaum di Malaysia berada pada tahap ketegangan yang stabil (stable tension).
Katanya, apa yang dimaksudkan sebagai ketegangan yang stabil adalah apabila kita dapat melihat di mana rakyat boleh terus hidup secara harmoni, bersikap toleransi, walaupun wujud prejudis dan syak wasangka antara satu sama lain.
Kerana itu ramuan Dr. Shamsul Amri itu seharusnya menjadi tunjang kepada senario kehidupan penduduk di Sarawak secara keseluruhannya.
Kenapa 'Ooo-Haa', 'You-You'?
Tidak ada apa lagi yang diperlukan seorang apai besai berusia 72 tahun dalam mentadbir sebuah negeri yang mempunyai banyak perancangan selain tidak menerima sebarang tentangan.
Tan Sri Adenan Satem sudah mengatur pelbagai projek untuk Sarawak yang berlandaskan kasih sayang kepada masyarakatnya.
Rentetan satu minggu berkempen juga sudah menampakkan hasil apabila pada asalnya ada jangkaan kira-kira 23 kerusi yang mungkin kalah berubah kepada kemenangan hampir 70 atau 72 kerusi.
Nada gembira bayangan kemenangan besar itu sebenarnya hasil 'Ooo-Haa' yang dirasakan penduduk Sarawak selepas satu minggu kempen ke sana dan ke sini pemimpin Barisan Nasional (BN) ke segenap kawasan.
Menariknya, beberapa pemimpin pembangkang juga seperti sudah mula putus asa dalam berkempen apabila hanya menafsir kemenangan mereka dengan pertambahan satu atau dua kerusi yang mungkin dimenangi kali ini.
Ia signal jelas sambutan besar-besaran kemenangan BN boleh disambut lebih awal sebelum tarikh pengundian 7 Mei depan.
Kerana itu, Adenan sendiri mengakui walaupun 'Ooo-Haa' adalah ungkapan kaum Iban untuk berhimpun namun baginya ia bermakna 'Saya Sayang Sarawak'.
Selain 'Ooo-Haa', Adenan juga mempromosi frasa 'You-You' yang membawa maksud seruan sesama sahabat atau lebih tepat membawa maksud 'tahu sama tahu'.
Tamadun politik
Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Dr Anis Yusal Yusoff sebelum ini pernah menyebut realiti sebenarnya tahap hubungan kaum dan stable tension wujud kerana adanya kesepaduan sosial yang mengikat erat masyarakat yang berbilang kaum.
Dalam konteks Sarawak, penyatuan pelbagai etnik yang ada di negeri ini hakikatnya tidaklah mudah pada dasarnya namun Adenan dalam masa terdekat ini tidak pernah berhenti untuk berusaha merapatkannya dengan menyelesaikan isu-isu yang membelenggu mereka sejak sekian lama.
Realitinya Dr Anis sebelum ini mengakui perjalanan ke arah perpaduan tidak semudah seperti yang diharapkan seperti di dalam teori, namun seperti di Sarawak ia menunjukan kesan yang sangat positif dari hari ke hari.
Tidak ada sesiapa boleh menafikan pasti ada perselisihan kecil namun Adenan membuktikannya ia berjaya diselesaikan dengan segera melalui proses perundingan.
Menyelesaikan isu nama-nama calon sebelum hari penamaan menjadi bukti Adenan bukan calang-calang pemimpin, itu cuma satu bukti kecil proses perpaduan yang dilakukannya.
Baki kempen
Kurang satu minggu lagi baki kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 sebelum ia melabuhkan tirai.
Ia sebenarnya pembukaan tingkap kemajuan yang harus dilakukan kerajaan seperti yang sudah dijanjikan di dalam manifesto sebelum ini.
Adenan akan diberi lima tahun untuk mengemudi Sarawak dengan 'Ooo-Haa' dan strateginya yang tersendiri.
Pemimpin senior ini tidak perlu dipertikai lagi kemampuannya memimpin dan sokongannya di akar umbi sudah terlalu kukuh sehingga dia sendiri menjadi apai besai yang dinanti-nanti apabila turun padang.
Kombinasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai apai besai Malaysia dan Adenan membentuk 'Ooo-Haa' terbesar dan paling agung untuk rakyat negara ini dan Sarawak sendiri.
Tentunya Adenan dapat tidur lena seperti bayi lagi selepas menyelesaikan persoalan bilangan kemenangan kerusi PRN sebelum menunaikan satu persatu manifesto semasa mentadbir negeri dalam tempoh lima tahun lagi.
*Wan Syamsul Amly adalah wartawan Astro AWANI yang sedang membuat liputan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 ketika ini.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
*Untuk liputan menyeluruh Sarawak Memilih, ikuti kami di saluran berita segenap dimensi 501 Astro AWANI atau layari sahaja astroawani.com
Wan Syamsul Amly
Sun May 01 2016
Tan Sri Adenan Satem sudah mengatur pelbagai projek untuk Sarawak yang berlandaskan kasih sayang kepada masyarakatnya. - Foto Bernama
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Perspektif: Kekuatan 'Ooo-Haa' dan 'You-You' Adenan di Sarawak
KASIH sayang seorang pemimpin kepada masyarakatnya adalah hubungan erat dua hala yang membawa kepada keharmonian sesebuah kerajaan.