awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perwakilan PKR diberi amaran tidak timbulkan kekecohan ketika pemilihan

Bernama
Bernama
06/10/2018
20:59 MYT
Perwakilan PKR diberi amaran tidak timbulkan kekecohan ketika pemilihan
Amirudin berkata pihaknya juga akan menempatkan anggota polis di sekitar lokasi pemilihan bagi memastikan kekecohan yang berlaku di Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini tidak berulang. - Gambar fail
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memberi amaran kepada perwakilan PKR supaya tidak menimbulkan sebarang kekecohan sepanjang berlangsungnya pemilihan PKR di negeri itu.
Beliau berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perwakilan berkenaan, sekiranya mereka terbabit dalam perkara tersebut.
"Kita (parti) akan mengadakan mesyuarat khusus (sebelum berlangsung pemilihan), untuk mencari langkah sesuai bagi memastikan pemilihan tersebut berjalan lancar dan berlangsung dalam keadaan baik terutamanya ketika proses pengundian.
"Kita akan ambil tindakan tegas seperti mana yang parti tunjukkan sebelum ini yang mana parti boleh memecat mereka sekiranya mereka bertindak kasar (ketika pemilihan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelepasan peserta program kayuhan berbasikal Bukit Melawati Xploride 2018 di sini.
Turut hadir, anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli.
Pemilihan PKR bagi Selangor bakal berlangsung pada 14, 21 dan 28 Okt di beberapa daerah termasuk di Shah Alam, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
Mengulas lanjut, Amirudin yang turut bertanding bagi merebut kerusi Majlis Pimpinan Pusat pada pemilihan itu berkata, pihaknya juga akan menempatkan anggota polis di sekitar lokasi pemilihan sebagai langkah memastikan kekecohan yang berlaku di Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini tidak berulang.
BACA: Kekecohan PKR: 'Pimpinan jangan kasi panas lagi' - Yusmadi
BACA: Pemilihan PKR: Keputusan Kedah batal, empat negeri ditangguh
BACA: Kerusi dibaling, penyokong PKR cedera di kepala
"Kita telah memberi jadual pemilihan kepada pihak polis negeri dengan tujuan mereka dapat turun ke lokasi dan mengawal keadaan... kita sangat berharap pemilihan di negeri ini dibuat dalam keadaan aman," katanya.
Baru-baru ini di Pulau Pinang dan Kedah, beberapa perwakilan PKR cedera ketika berlangsungnya pemilihan parti itu apabila mereka tidak berpuas dengan perjalanan pemilihan parti yang pertama kali menggunakan sistem e-undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran
#Amirudin Shari
#e-undi
#e-voting
#jadual pemilihan
#kekecohan
#Menteri Besar
#mesyuarat
#pemilihan PKR
#perwakilan
#PKR
#polis
#Selangor
#tindakan
#undian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan