awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH tak pernah beri duit pada sesiapa untuk raih undi - Tun Mahathir

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
14/01/2019
06:11 MYT
PH tak pernah beri duit pada sesiapa untuk raih undi - Tun Mahathir
Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerajaan akan tetap menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan Pakatan Harapan (PH) memberikan wang kepada mana-mana pihak untuk meraih undi semasa kempen Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands.
Bagaimanapun katanya, kerajaan akan tetap menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.
“Pakatan Harapan tidak pernah bagi duit kepada sesiapa. Kalau duit tu, kerajaan dah bagi punya, itu dia bagi lah. Semua orang dapat. Itu sahaja,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran produk silinder gas petroleum cecair (LPG) komposit, ACGAS dikeluarkan Astana City Group Sdn Bhd di ibu negara.
Sejak semalam, tular di media sosial mengenai beberapa gambar seorang wanita memakai baju parti Pakatan Harapan dan dilihat memberikan wang tunai kepada beberapa anak muda orang asli.
BACA: Saya akan tanya Mat Sabu, saya akan pandu sendiri ke Cameron Highlands - Syed Saddiq
BACA: 'Sukarelawan' ada maksud baru di bawah Malaysia Baharu?
Malah kecoh di media sosial yang mendakwa tindakan itu seperti cuba merasuah dan tidak kurang pula isu berkenaan digunakan parti lawan sebagai bahan kempen pilihanraya.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam pada itu sedang menyiasat dakwaan pemberian wang oleh Pakatan Harapan (PH) seperti yang ditularkan melalui beberapa keping gambar berkenaan.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#pilihan raya kecil
#Rasuah
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan