Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahaya menyifatkan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengalihkan kekusutan yang dialami dalam pakatan berkenaan dengan meletakkan Pas sebagai punca untuk memecah belahkan gabungan terbabit terutama melalui usul undi percaya di Dewan Rakyat.
Menurut beliau, Pas tidak pernah dan tidak akan melakukan hal demikian sebaliknya, PH sendiri menunjukkan secara jelas keretakan yang dialami mereka.
PH juga, tegas Ahmad, tidak pernah ‘bersatu’ dalam setiap pandangan serta keputusan yang dibuat sejak mengambil alih kerajaan pada Mei 2018.
Tambahnya, Anwar juga tidak layak dan tidak relevan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri memandangkan beliau tidak mampu mengawal Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinnya.
Sehubungan itu, Ahmad menegaskan, Pas Kedah menyokong penuh tindakan yang dibuat Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal ini.
"Pendirian saya sama macam hari itu (Anwar tak layak jadi PM), cuma tadi saya sebut Anwar dakwa ini (sokongan Pas pada Dr Mahathir) bertujuan untuk pecah belah PH.
“Saya tak pernah tengok PH bersatu, yang saya nampak PH memang bertelagah dan bertempur daripada sejak ambil alih pentadbiran sampai ke hari ini.
“Pertembungan itu terzahir kebelakangan ini, bila kenyataan menghentam Tun (Dr Mahathir), kenyataan menghentam sesama sendiri, sampai peringkat ada satu parti saman menyaman antara satu sama lain, saya kira itu sudah cukup untuk beri isyarat bahawa PH tak bersatu pun.
“Jadi tidak ada sebab kalau kita sebut kata kita (Pas) nak pecahkan PH, (Pas) tak buat pun memang berpecah dah,” katanya ketika ditemui media pada Rabu.
BACA: Anwar sudah tidak relevan untuk jadi PM - Pas Kedah
Beberapa hari lalu, Anwar mendakwa Pas cuba untuk memecah belahkan PH dengan membawa usul undi percaya dengan menyokong kepimpinan Dr Mahathir di peringkat Dewan Rakyat.
Tambahnya, usul terbabit dilihat sebagai satu perkara "canggung" yang tidak pernah dibuat mana-mana parti pembangkang sesebuah kerajaan.
Usaha terbabit, kata Anwar, merupakan dakyah terbaharu parti Pas dan PH tidak akan terpedaya dengan perkara tersebut.
BACA: Usul undi percaya Pas, satu perkara 'canggung' - Anwar
Abdul Hadi Che Awang
Thu Feb 13 2020
Kata Ahmad Yahaya, Anwar tidak layak dan tidak relevan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.
Polis siasat kenyataan Abdul Hadi
PDRM menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan'.