awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR buat laporan polis terhadap Lokman Adam

Arfa Yunus
Arfa Yunus
01/10/2018
08:36 MYT
PKR buat laporan polis terhadap Lokman Adam
Susulan penafian BERITA Mediacorp, Lokman telah memadam kenyataan di Facebooknya itu. - Astro AWANI
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil membuat laporan polis ke atas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam hari ini.
Ini susulan kenyataan Lokman di laman Facebook yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pelajar dari Indonesia.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pajabat Polis Daerah Port Dickson jam 11 pagi tadi.
Lokman mendakwa telah memetik laporan berita sebuah media Singapura yang kononnya menerbitkan berita tersebut.
"Namun BERITA Mediacorp telah mengeluarkan satu penafian bahawa kenyataan Lokman itu tidak benar dan pihak BERITA Mediacorp tidak pernah menerbitkan apa-apa laporan yang mengandungi apa-apa maklumat seperti yang didakwa oleh Lokman Noor bin Adam.
BACA: Sudah-sudahlah Lokman, carilah modal lain
"Saya telah membuat laporan ini kerana saya beranggapan bahawa ia adalah satu kenyataan yang berniat cukup jahat, yang penuh tohmahan, fitnah dan cuba mengubah persepsi umum terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Fahmi.
Susulan penafian BERITA Mediacorp, Lokman telah memadam kenyataan di Facebooknya itu.
Sementara itu, ketika ditanya wartawan, Anwar berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Lokman.
Katanya, beliau mahu memberi tumpuan kepada kempen Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang akan diadakan 13 Okt ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Fahmi Fadzil
#Lokman Noor Adam
#PRK Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan