Seorang wanita berbaju Pakatan Harapan yang didakwa memberi wang kepada sukarelawan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada Selasa, dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan.
Menurut sumber, wanita itu memberi kenyataan di Bilik Gerakan SPRM di sini selama hampir tiga jam dari pukul 7 petang Selasa.
Tinjauan Astro AWANI mendapati wanita tersebut keluar daripada Bilik Gerakan SPRM pada pukul 9.50 malam.
Wanita itu enggan memberi kenyataan kepada media dan menutup muka dengan jaketnya.
BACA: Wang itu untuk bayar balik kos petrol - PH
BACA: 'Sukarelawan' ada maksud baru di bawah Malaysia Baharu?
Sebelum ini, tular di media sosial gambar wanita tersebut memberikan wang kepada beberapa orang pemuda dan susulan itu, beberapa pihak membuat laporan polis mendakwa Pakatan Harapan (PH) terlibat dengan politik wang dan rasuah.
Namun, Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai PH, Arvind Bharet menjelaskan, wang itu adalah bayaran untuk kos minyak petrol sukarelawan PH.
Arfa Yunus
Tue Jan 15 2019
Wanita itu ketika meninggalkan Bilik Gerakan SPRM malam tadi. - Astro AWANI
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Debat PRK Cameron Highlands: 'Platform terbaik calon berkomunikasi dengan pengundi'
Ia disifatkan satu perkembangan yang amat positif dan membuka ruang kepada lebih banyak debat untuk dijalankan pada PRK dan Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
Bagaimana rasa Nasi Lemak Sambal Strawberi di Cameron Highlands?
Tentu sekali, sebilangan besar daripada kita berasa pelik dan janggal apabila pertama kali mendengar sambal strawberi?
PRK Cameron Highlands: Wanita 'duit minyak' beri keterangan pada SPRM
Seorang wanita yang didakwa memberi duit petrol kepada sukarelawan PRK Cameron Highlands telah dipanggil SPRM pada Selasa.
'Sukarelawan' ada maksud baru di bawah Malaysia Baharu?
Itu soalan yang dikemukakan Datuk Seri Wee Ka Siong tentang isu pembayaran balik kos minyak petrol kepada sukarelawan oleh Pakatan Harapan.